Famili

Ibu Kecewa Anak Dimalukan Di Sekolah Bila Cikgu Beri ‘Anugerah Kosong’

5
SHARES

Sudah semestinya setiap guru mempunyai kaedah mengajarnya yang tersendiri. Ada yang garang dan ada juga yang lembut sahaja dalam teknik pengajaran mereka tetapi tetap menjadi idola dalam kalangan murid-murid. Namun, ada juga dalam kalangan guru yang menggunakan cara lain dan sudah semestinya mengecewakan hati murid tersebut. Siap bagi ‘Anugerah Kosong’ pula tu!

Baca juga: 15 Adab Mak Ayah Yang Anak-Anak Akan Cepat Tiru, Jangan Tunjuk Pelik-Pelik!

ANAK DIMALUKAN DENGAN DAPAT ‘ANUGERAH KOSONG’

Memetik laporan Mirror UK, seorang ibu dihampakan dengan tindakan seorang guru di sekolah anak lelakinya yang didakwa memalukan remaja tersebut dengan menyampaikan Anugerah ‘Kosong’ kepadanya di dalam kelas.

Patricia Buckley yang tinggal di Leake, Mississippi, Amerika Syarikat mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan remaja 14 tahun itu selepas dia pulang ke rumah dan kelihatan tidak gembira.

Selepas disoal, dia kemudian memaklumkan bahawa gurunya telah menyampaikan sebentuk sijil dengan deskripsi yang memalukan.

Anugerah Kosong…Mustahil untuk menjadi saya. Jangan cuba. Anda tak akan jumpa jalan penyelesaiannya.

Patricia kemudian menghubungi pihak sekolah untuk bertanya tentang anugerah tersebut dan kenapa ianya diberikan kepada pelajar di sekolah itu. Namun, pihak sekolah tidak dapat memberikan jawapan.

Anak lelakinya ingin kembali ke sekolah, namun Patricia kini dalam perancangan untuk memindahkan remaja itu ke sekolah yang lain ekoran insiden tersebut.

Menurut sumber, guru yang memberikan anugerah tersebut merupakan guru yang baru mengajar untuk tahun yang pertama.

Sumber: Mirror UK

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×