40 Minggu

Ibu Ini Kongsi Kisah Perjalanan Bakal Bersalin Di United Kingdom, Setiap Bayi Akan Dapat ‘BabyBox’!

193
SHARES

Perjalanan dan proses bersalin sememangnya adalah momen indah buat si ibu. Dari membuat pemeriksaan, penjagaan kesihatan, membeli kelengkapan ibu dan anak sehinggalah proses di hospital, pastinya mempunyai pengalaman yang berbeza. Namun, ramai juga dalam kalangan rakyat Malaysia yang tinggal dan melahirkan bayi di luar negara.

Ternyata, setiap negara mempunyai prosedur yang berbeza dalam soal bersalin begitu juga negara kita. Apa yang menariknya, tersapat satu perkongsian di laman Twitter dimana ibu ini berkongsikan perjalanannya yang bakal melahirkan bayi di United Kingdom. Memang menarik dan diharapkan perkongsian ini dapat dijadikan informasi buat orang ramai.

MACAM MANA ORANG MALAYSIA BERSALIN DI UK?

Pasangan ini yang menetap di United Kingdom berkongsikan perjalanan kehamilan mereka yang sudah mencecah usia 8 bulan. Bukan sahaja orang ramai, malah si ibu sendiri pun tertanya-tanya bagaimanakah proses bersalin untuk rakyat Malaysia di negara orang. Adakah mahal?

DEKAT UK ADA BUKU PINK TAK?

Menyentuh soal sistem pendaftaran buku pink seperti yang ada di Malaysia, ramai juga yang bertanyakan adakah sistem seperti buku pink juga diamalkan di UK.

Bukan itu sahaja, kondisi bilik di hospital kerajaan di UK juga menarik perhatian. Menurutnya, gambar diatas dimana satu bilik yang lengkap dengan tandas disediakan buat ibu. Di UK juga, mereka diberi 3 pilihan tempat bersalin mengikut keselesaan iaitu di rumah, pusat bersalin atau di hospital.

HANYA LOW RISK SAHAJA BERSALIN DI RUMAH

Turut ditanya bagaimanakah layanan nurse di hospital, dia juga memberitahu bahawa sistem layanan dari staff hospital adalah sangat baik. Hal ini dimana, nurse di sana sering memanggil para ibu dengan panggilan yang lembut dan manja supaya suasana yang tegang pun akan jadi lebih tenang!

BAYI LAHIR DI SCOTLAND DAPAT BABYBOX!

Memang seronok apabila bayi yang dilahirkan di Scotland akan menerima kotak hadiah yang dinamakan Scotland Babybox. Di dalam babybox ini mereka dilengkapi dengan peralatan bayi sehingga usia 6 bulan dan ini disediakan oleh kerajaan di United Kingdom.

Kalau nak dengar pengalaman ibu ini dengan lebih lanjut, boleh tengok video.

Sumber: @ezzahnor,  Twitter Ezzah Nor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×