Asuh

Ibu Ini Kongsi Kisah Anak Pernah Alami ‘Speech Delay’ Gara-Gara Obses Dengan Gajet

Perkembangan kebolehan anak-anak adalah berbeza bagi setiap individu. Begitu juga dengan kebolehan pertuturan mereka. Rata-rata kanak-kanak akan mula boleh bercakap sejak umur 1 tahun dan keatas dan ada juga yang masih tidak boleh bertutur walaupun usia sudah menjangkau 2 tahun dan keatas. Berdasarkan perkongsian pengalaman dari si ibu yang pernah berhadapan dengan situasi anak speech delay ini, beliau turut berkongsi bahawa puncanya adalah kerana obses dengan gajet.

Doktor pakar kata makin ramai kanak-kanak yang ada masalah pertuturan sekarang

Apa puncanya?

Anak korang lambat bercakap tak? Perhati anak korang, seawal umur 2 tahun sepatutnya dia dah boleh sebut 1-2 patah perkataan yg bermaksud. Contoh : “Maa, nak mamam, air, susu, cow, cat” dan lain-lain. Ni pemandangan pagi tadi dekat Klinik ORL masa cikda bawa Iman untuk appointment dengan speech therapist.

Ramai sangat orang dan kanak-kanak pun ramai menunggu giliran masing-masing bersama ibu/ayah. Ade yg berlari-lari, ada yang duduk saja di kerusi memegang gadjet, senyap, kusyuk.

“Ye, nak bagi anak diam, behave, sua je dengan gadjet. Bukak youtube nanti senyap laa.”

PENYUMBANG TERBANTUTNYA PERKEMBANGAN OTAK

Dulu cikda pun gini. Tapi bila cikda sendiri rasa kesan akibat gadjet ni, cikda sendiri serik. Anak cikda dulu akan mengamuk dan tantrum bila hp habis bateri, hp takde internet, internet slow, naik kereta nak hp, tidur pun nak hp, tak makan takpe janji ade hp, Serius rasa teruk sangat dah waktu tu. Lagipun semua orang tahu gadjet ni tak elok untuk perkembangan anak-anak lagi-lagi bila tanpa kawalan dan pengawasan dari ibubapa.

Therapist iman dulu ada kata, gadjet ni pun ada menyumbang kepada terbantutnya perkembangan otak, social skills dan komunikasi. Dia jadi tak fokus, tak menyahut bila dipanggil, tantrum, takde eye contact dan yang paling penting sekali ialah SPEECH DELAY. Macam iman, dia boleh bercakap, menyanyi, mengaji, TAPI dia lebih kepada mengulang apa yg dia dengar di youtube atau tv.

PUNCA KEPADA SPEECH DELAY

Dulu dia langsung takde komunikasi 2 hala. Takde bercerita, takde bersoal jawab. Bila dengar dia pandai baca ABC, 123, alif baa taa, cikda rasa WAHHHH ANAK AKU BIJAK!! Padahal iman bermasalah dari segi komunikasi. Dan alhamdulillah masalah speech iman dan bertambah baik sejak gi terapi.

Tapi tak boleh nak harap pada terapi je, ibu ayah pun memainkan peranan yang besar jugak. Sentiasa bercakap dengan dia. Dia tak jawab tak ape, cakap je. Insya’Allah lama-lama nanti bercakaplah dia..

Dan yg paling penting sekali, had kan penggunaan gadjet. Bukan tak boleh bagi, tapi awasi anak-anak. Cikda pun bagi lagi tapi tak sampai setengah jam. Cukup masa cikda ambik balik hp, nak nangis nangislah sana. Jangan nanti kita yg nangis menyesal bila anak tak pandai bercakap.

Tambahan : cerita di atas berdasarkan apa yg cikda alami, pengalaman cikda sendiri. Lain orang lain anak lain tumbesaran. Jangan kerana anak korang bijak walaupun ber’gadjet, so korang nak pukul rata. Isu yg cikda nak highlight kt atas tu ialah peranan ibubapa sendiri yg tak pantau anak bermain gadjet. Baca slow2 entri di atas, jangan lorat sangat nak baca sebab lorat nak komen.

Sumber: Norizaidah Sohefudin

Most Popular

To Top