Famili

Betul Ke Jemur Anak Bawah Matahari Boleh Cepat Tinggi? Jom Baca 6 Tips Ni…

3.8K
SHARES

Berdasarkan Standard Pertumbuhan WHO (2007), 60% ketinggian dewasa dicapai semasa 5 tahun pertama usia kanak-kanak. Oleh itu, penting bagi ibu bapa dalam memastikan pertumbuhan anak mereka berada di tahap yang betul sekaligus memaksimumkan potensi pertumbuhan mereka.

Nenek moyang kita dulu pun selalu turunkan macam-macam petua untuk jadi tinggi. Mak-mak pula gigih praktikkan tips-tips tu sejak dari anak mereka kecil lagi.

Haa..kat sini kami senaraikan beberapa tips atau petua yang selalu kita dengar untuk bagi anak tinggi. Anda pernah dengar tips-tips ni semua?

BIARKAN ANAK TERKENA CAHAYA MATAHARI PAGI

Selalunya kita dengar bila si kecil terkena demam kuning je yang perlu didedahkan dengan cahaya matahari ataupun “dijemur”.

Tapi, betul ke cara ni boleh tambah ketinggian jugak? Banyak dah kajian dan penelitian yang dibuat bahawa cahaya matahari pagi dapat meningkatkan daya penyerapan kalsium dalam badan.

Kalsium kan penting untuk pertumbuhan tubuh badan manusia. Bila tinggi kalsium yang diserap dalam badan, lebih kuat tulang seseorang dan lebih cepat untuk tinggi!

JAGA KUALITI TIDUR ANAK

Banyak orang cakap, untuk kulit yang sihat, sentiasa bertenaga dan cantik, tidur kenalah cukup. Kenapa semuanya dikaitkan dengan tidur? Penting sangat ke tidur yang cukup  ni?

Haa..kalau anda nak tahu, tidur yang cukup dan berkualiti sangat penting untuk mengoptimalkan pertumbuhan tubuh badan seseorang sebab hormon pertumbuhan bekerja dengan baik bila kita tidur.

Tidur yang berkualiti pula bermaksud tidur yang nyenyak selama 7 hingga 8 jam tanpa gangguan, gelisah, dan tidak terbangun disebabkan mimpi atau mengigau.

Jadi, ibu bapa yang nak anak tinggi, rajin-rajinkanlah latih anak anda untuk tidur awal.

JAGA BERAT BADAN IDEAL ANAK


Berat badan yang berlebihan ataupun obesiti boleh menghalang manusia dari menjadi tinggi tau. Eh, kenapa pulak?

Memetik laporan dari Malaysiakini iaitu Makin Ramai Kanak-Kanak Gemuk Di Malaysia, punca berat badan berlebihan dan kekurangan nutrisi adalah saling berkaitan.

Risiko berat badan meningkat berpunca daripada peningkatan dalam pengambilan makanan dan minuman tidak berkhasiat, makanan dengan kandungan lemak atau gula dan nilai nutrisi yang rendah, serta gaya hidup yang kurang aktif.

Bila segala nutrisi yang diperlukan tak mencukupi, ia dapat menghalang dan membantutkan pertumbuhan kanak-kanak.

Oleh sebab tu, ibu bapa kena pastikan makanan yang diberikan kepada anak tu bernutrisi dan seimbang agar anak anda sentiasa dalam berat badan yang ideal.

Sumber: Bernama

SELALU BUAT REGANGAN UNTUK ANAK

Mesti anda semua selalu dengar tips ni kan? Kononnya, kalau asyik diregangkan badan, lama-lama akan jadi tinggi. Mitos ke fakta ni?

Tulang belakang yang ada pada tubuh badan manusia mampu meregang seiring dengan pertumbuhan dan perkembangan badan seseorang. Tapi, perbuatan ni langsung tiada kaitan dengan ketinggian tubuh badan seseorang.

Yang paling penting, jangan sesekali lakukan regangan pada anak anda yang masih kecil kerana tulang mereka masih lembut. Untuk orang dewasa pun sebenarnya kurang sesuai kerana  bimbang akan memberikan sakit leher, belakang dan tangan.

SURUH ANAK SELALU BERGAYUT DI PALANG BESI (bagi anak berumur 5 tahun ke atas)


Admin ingat lagi masa budak-budak dulu, hari-hari pergi taman bergayut kat palang besi. Sebab dengar mak cakap, kalau nak tinggi kena rajin bergayut. So, gigihlah bergayut, nak tinggi punya pasal. Betul ke bergayut boleh jadi tinggi?

Sebenarnya, daya graviti yang menarik tubuh ketika bergayut membantu meluruskan tulang belakang anda, tetapi ia adalah sementara sahaja. Bergayut ni juga adalah satu aktiviti yang baik untuk memperbaiki postur tubuh dan menguatkan otot belakang anda.

PASTIKAN PEMAKANAN LENGKAP DAN SEIMBANG BUAT SI MANJA

Kanak-kanak ni selalunya cerewet dalam memilih makanan. Nak suruh makan sayur cukuplah susah, tapi cukup suka kalau makan makanan ringan yang tak berkhasiat tu.

Jadi, ibu bapa kenalah pantau gaya pemakanan anak dengan memastikan mereka makan kombinasi makanan sihat yang seimbang dan bernutrisi, khusus untuk tumbesaran dan perkembangan mereka.

Nutrien seimbang boleh dicapai dengan mengambil pelbagai jenis makanan yang kaya dengan karbohidrat, protein, kalsium, vitamin dan lemak. Contohnya, kalsium dan protein yang tinggi dalam susu bertindak sebagai gizi utama yang diperlukan dalam pertumbuhan serta pembentukan tulang.

Oleh itu, ibu bapa harus bekalkan anak anda makanan yang seimbang kerana dengan nutrisi dan zat yang cukup dalam badan, pertumbuhan kanak-kanak tak akan terhalang dan akan berkembang selari dengan usianya.

SUSU PEDIASURE BOLEH BANTU ANAK ANDA JADI TINGGI!

Haa..ibu-ibu, apa kata berikan si manja anda susu PediaSure® !

PediaSure® adalah susu yang mengandungi nutrisi pemakanan lengkap dan dirumus secara saintifik dengan 25 nutrien utama untuk menyokong ketinggian optimum kanak-kanak. 90% ibu telah melihat peningkatan dalam pertumbuhan anak mereka selepas menggunakan PediaSure®.

Kini, semakin ramai anak-anak yang terbantut dalam pertumbuhan mereka dan adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memastikan perkara ini tidak berlaku.

Jom tengok video mengenai mitos atau kebenaran tentang ketinggian kanak-kanak ni!

Pemakanan lengkap dan seimbang adalah kunci untuk menyokong pertumbuhan optimum anak anda. Beri mereka asas pemakanan yang betul dengan PediaSure®!

Dapatkan sampel percuma di sini!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×