Famili

Ibu-Ibu Boleh Cuba 6 Resipi Seimbang Bawah RM10 Ini Untuk Keluarga!

1.8K
SHARES

Sejak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, ia secara tak langsung memberi kesan kepada ekonomi dan kehidupan khususnya golongan miskin bandar di Kuala Lumpur. Semestinya keluarga yang berpendapatan rendah sangat terkesan dan terpaksa bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi, seterusnya terpaksa mengurangkan kos perbelanjaan makanan untuk perkara yang lebih penting.

Sebagai ibu, anda pastinya mahu memberikan yang terbaik dengan menyediakan juadah yang lengkap dan berkhasiat buat keluarga tersayang.

Tak perlu bimbang,  kali ini kami kongsikan antara resepi-resepi yang bukan sahaja ringkas disediakan, malah mudah dan menggunakan bahan-bahan yang tak sampai RM10 sahaja!

MI MAGGI® ASAM LAKSA UTARA

Kredit: MAGGI® Malaysia

Bahan-bahan:

  • Bahan A
  • 1.2 liter air
  • 1 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 biji cili padi (ditumbuk)
  • 2 ekor ikan selar
  • 4 Pek Perencah Mi MAGGI® 2-Minit Asam Laksa
  • 1/2 bunga kantan (dipotong dua)
  • 35 g daun kesum, dibersihkan dan diambil daunnya
  • 4 pek Mi MAGGI® 2-Minit Asam Laksa
  • Hiasan
  • Limau kasturi, dibelah 2
  • Bawang merah, dihiris
  • Timun, dihiris nipis
  • Bunga kantan, dihiris
  • Daun laksa, dihiris
  • Telur rebus, dibelah 2

Cara memasak:

  1. Ikan selar dibersihkan dan diambil isi. Tulang jangan dibuang.
  2. Panaskan air di dalam periuk, masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi, ikan selar (bersama tulang).
  3. Masukkan Perencah Mi MAGGI® 2-Minit Asam laksa, bunga kantan dan daun kesum. Biarkan ia mendidih selama 5 minit.
  4. Keluarkan tulang ikan selar, dan masak Mi MAGGI® 2 minit Asam Laksa selama 2 minit atau sehingga mi masak.
  5. Hidangkan Mi MAGGI® bersama limau kasturi, bunga kantan, daun kesum, telur rebus.

MI MAGGI® KARI NYONYA

Kredit: MAGGI® Malaysia

Bahan-bahan:

  • 1.2 liter air
  • Bahan A (ditumbuk)
  • 3 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili padi (campur cili padi merah & hijau)
  • Bahan B
  • 4 pek Perencah Mi MAGGI® 2-Minit Kari
  • 2oo ml Susu Rendah Lemak Nestle Just Milk
  • 4 biji tauhu goreng (dipotong dadu)
  • 4 pek Mi MAGGI® 2-Minit Kari
  • Hiasan
  • 150 g dada ayam (direbus dan dicarik)
  • 150 g sayur sawi (dicelur)
  • 150 g taugeh (dicelur)
  • 2 biji telur rebus (dipotong dua)
  • 4 biji limau kasturi (dipotong dua)

Cara memasak:

  1. Di dalam periuk, masukkan air. Biarkan ia mendidih seketika
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi. Reneh seketika.
  3. Masukkan perencah MAGGI® 2-Minit Kari, Nestle Susu Rendah Lemak Just Milk dan tauhu goreng. Reneh selama 3 minit.
  4. Masukkan Mi MAGGI® 2-Minit Kari, rebus selama 2 minit atau sehingga mi masak.
  5. Hidangkan bersama ayam rebus, sayur sawi, tauge, telur rebus dan limau kasturi.

MI MAGGI® BEBOLA AYAM

Kredit: MAGGI® Malaysia

Bahan-bahan:

  • 1.2 liter air
  • 300 g ayam cincang
  • 60 g lobak merah (dicincang)
  • 50 g cendawan hitam (dicincang)
  • 2 sudu besar daun bawang (dihiris)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil Perencah Mi MAGGI® Ayam 2-Minit
  • 4 pek Mi MAGGI® Ayam 20Minit
  • 200 g sayur sawi (dihiris)
  • Hiasan
  • bawang goreng
  • cili merah

Cara memasak:

  1. Di dalam periuk, masukkan air dan biarkan ia mendidih.
  2. Di dalam mangkuk, gaulkan ayam cincang, lobak merah, cendawan hitam, daun bawang, tepung jagung dan 1 sudu kecil perencah Mi MAGGI®Ayam 2-Minit. Gaulkan rata.
  3. Bulatkan adunan ayam, masukkan satu persatu kedalam air rebusan.
  4. Masukkan lebihan Perencah Mi MAGGI® Ayam 2-Minit, reneh seketika sehingga bebola ayam masak.
  5. Masukkan sawi, dan Mi MAGGI® Ayam 2-Minit. Masak selama 2 minit atau sehingga mi masak.
  6. Dihidangkan bersama bawang goreng dan cili merah.

Mi MAGGI® GORENG SAMBAL HIJAU

Kredit: MAGGI® Malaysia

Bahan-bahan:

  • Bahan A
  • 1 sudu besar minyak jagung
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 6 tangkai cili padi (ditumbuk)
  • 3 tangkai cili hijau (ditumbuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 250 g dada ayam (dipotong dadu)
  • 3 pek Perencah Mi MAGGI® Ayam 2-Minit
  • 4 pek Mi MAGGI® Ayam 2-Minit, direbus dan ditapis bawah air sejuk
  • 150 g kailan, dihiris
  • Hiasan
  • daun bawang
  • cili merah

Cara memasak:

  1. Rebuskan Mi MAGGI® 2-Minit selama 1 minit dan tapiskan dibawah air sejuk. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi, cili hijau dan serai. Tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan ayam, tumis sehingga bertukar warna. Gaulkan perencah Mi MAGGI® Ayam 2-Minit, Mi MAGGI® Ayam 2-Minit dan sayur kailan.
  4. Gaulkan sehingga rata. Hidangkan bersama daun bawang dan cili merah.

Mi MAGGI® KARI MINANG NEGERI SEMBILAN

Kredit: MAGGI® Malaysia

Bahan-bahan:

  • 1.2 liter air
  • Bahan A 
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 4 tangkai cili padi (ditumbuk)
  • 200 g dada ayam (dipotong dadu)
  • Bahan B
  • 4 pek Perencah Mi MAGGI® Kari 2-Minit
  • 100 g sawi, dihirs
  • 50 g lobak merah, disagat
  • 3 sudu besar santan
  • 4 pek Mi MAGGI® Kari 2-Minit
  • Hiasan:
  • 1 sudu besar daun bawang, dihiris
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • 1 biji telur, digoreng dan dihiris nipis

Cara memasak:

  1. Di dalam periuk, masukkan air dan biarkan ia mendidih.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang ditumbuk. Masukkan ayam dada.
  3. Reneh seketika, masukkan perencah Mi MAGGI® Kari 2-Minit, sawi, lobak merah dan santan.
  4. Reneh selama 2 minit, dan masukkan Mi MAGGI® Kari 2-Minit. Rebus selama 2 minit atau sehingga mi masak.
  5. Hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang dan telur hiris.

Mi MAGGI® KERABU TOMYAM

Kredit: MAGGI® Malaysia

Bahan-bahan:

  • 3 tangkai cili padi (ditumbuk)
  • 4 biji bawang merah (dihiris)
  • 4 sudu besar jus limau nipis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 akar daun ketumbar (ditumbuk)
  • 4 pek Perencah Mi MAGGI® Tom Yam 2-Minit
  • 100 g ayam (direbus dan dicarik)
  • 1 helai limau purut (dihiris)
  • 1 batang serai (dihiris)
  • 1/2 kuntum bunga kantan (dihiris)
  • 2 biji tomato, dibuang biji dan dihiris sederhana nipis
  • 100 g kobis bulat, dihiris nipis
  • 100 g timun, dihiris panjang
  • 4 pek Mi MAGGI® Tom Yam 2-Minit, direbus & ditoskan (dimasak selama 1 minit)
  • 30 g daun ketumbar (dihiris)

Cara memasak:

  1. Di dalam mangkuk, gaulkan cili padi, bawang merah, jus limau nipis, gula, akar ketumbar, perencah Mi MAGGI® Tom Yam 2-Minit, ayam, daun limau purut, serai.
  2. Masukkan bunga kantan, tomato, kobis, timun dan Mi MAGGI® Tom Yam 2-Minit.
  3. Akhir sekali, gaulkan rata dan masukkan daun ketumbar.

SENANG JE KAN SEMUA RESEPI NI? NAK LAGI MUDAH, SEDIAKAN SAJIAN SEIMBANG DENGAN MI MAGGI® 2-MINIT!

Kalau anda nak tahu, dengan Mi MAGGI® 2-Minit, anda dah boleh hasilkan hidangan seimbang buat seisi keluarga dengan mengikuti konsep suku suku separuh. Hanya tambahkan satu perempat sayuran, satu perempat sumber protein serta 1 pek Mi MAGGI® 2-Minit!

Anda juga boleh tambah protein yang anda gemari seperti telur, makanan laut dan tauhu serta sayur-sayuran hijau yang kaya dengan serat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan.

Selain itu, Mi MAGGI® 2-Minit, juga diperbuat dari bijiran gandum Australia yang terpilih dan berkualiti tinggi. Bahan-bahan yang terdapat dalam perencah Mi MAGGI® 2-Minit pula diperbuat daripada rempah-ratus semula jadi yang memberikan aroma dan rasa asli yang semestinya lazat!

Untuk lebih banyak resepi yang mudah dan enak, klik sini.

JOM RANCANG & KONGSIKAN SAJIAN SEIMBANG ANDA DENGAN MAGGI®!

Haa..lepas ni, mesti ramai ibu-ibu yang nak cuba resepi ringkas yang kami kongsi ni kan! Bagi yang dah mencuba tu, jangan lupa muat naik di media sosial anda berserta hashtag #SajianSeimbangTandaSayang dan tag MAGGI Malaysia.

Selamat memasak, semua!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×