Bersalin

Ibu Degil Guna Kaedah ‘Lotus Birth’ Tak Potong Tali Pusat, Bayi Mati Selepas 2 Hari Dilahirkan

164
SHARES

Kaedah kelahiran terbahagi kepada beberapa cara . Antara kaedah yang agak lain dari yang lain ialah kaedah kelahiran Lotus Birth. Kaedah ini sangat berbeza dari kaedah kelahiran yang biasa. Ini kerana kaedah lotus birth ini ialah amalan melahirkan dengan cara tidak memotong tali pusat sejurus selepas melahirkan.

Terbaru, melalui laman Facebooknya, Dr Malarasanthi Santherasegapan berkongsi tentang kejadian yang menimpa seorang ibu yang kehilangan anaknya selepas melahirkan menggunakan kaedah Lotus Birth.

Kaedah Lotus Birth

Ini adalah kisah seorang wanita Australia dan bayinya yang hanya sempat hidup 2 hari di muka bumi ini, Baby Harlow. Pasangan Laderman berkawin 13tahun tanpa cahaya mata. Setelah cuba dengan macam² cara, akhirnya Puan Laderman berjaya mengandung bayi sulungnya melalui cara IVF.

Nak di jadi kan cerita, Si Ibu menolak hampir SEMUA rawatan dan protokol sejak mengandung sehinggalah baby tu lahir dan mati. Nasihat dari pakar-pakar yang legend pun ditolaknya. Si Ibu berpegang dengan bacaannya sendiri dari Google. Nasihat dari Bidan lagi lah dia taknak pandang.
Baby Harlow sempat “sihat” 6 jam sahaja. Kemudian semua nya sengsara dan disahkan mati pada hari ke-2 hidupnya.

Ibu kpd Baby Harlow, Puan L mengandung slps 13tahun perkahwinan. Pada awalnya Puan L follow up dgn Dr A (swasta rasanya). Ketika kandungannya 19minggu dia dirujuk ke hospital besar, direct bawah Pakar yg power. Kata nya Si Ibu yg request dirujuk tu. Tp Dr A ckp sbnrnya dia malas nk layan kerenah Pn L.

Birth Plan

Di kerajaan, check up dgn Dr B pulak. Kali pertama jumpa Dr B, Si Ibu di beritahu Dr agak risau sbb Baby H lebih kecil dr umurnya yang 22 minggu ketika itu. Dr tak tahu punca knp baby kecik, sebab Si Ibu nih tak nak buat ujian minum air gula, dan ujian lain untuk tahu kenapa baby kecil.

Disebabkan baby H kecil, kehamilan Puan L masuk kategori Risiko Tinggi. Setiap temujanji, kena jumpa Dr & Bidan skali. Dipantau rapi dan dinasihatkan berbakul bakul. Tapi Si Ibu ni pekak kan telinga. Dah lah tak dgr nasihat, tak ikut protocol, dia pi plak tulis Birth Plan panjang lebar, nak kelahiran yang “seronok” dan “gentle”.

Antara Birth Plan Puan L adalah :

– Lotus Birth : biarkan baby bersambung dengan tali pusat & uri sampai dia kering sendiri.

– Vaginal seeding : amek air dr Vagina Ibu, letak kat muka badan & seluruh tubuh baby

– Jgn bg apa-apa vaksin atau ubat.

BIRTH PLAN membawa kepada kesengsaraan & kematian.

BabyH lahir secara emergency Cesearean pada dalam usia pramatang. Kenapa pulak?? Apa jadi dgn Birth Plan mak dia yg nak “Lotus Birth” bagai?! Baby H lebih kecil dari usia dia sejak usia 22minggu. Dr B suruh Puan L check kencing manis & kuman di pangkal rahim : TAKNAK!!
Baby H duduk dlm keadaan songsang dari usia 32minggu. Ibunya dijadualkan buat prosedur “pusing baby” pada 16Ogos.

Tapi Puan L pecah air ketuban pada 13Ogos.(tak sempat pusing) Takdir? Petunjuk? (mungkin BbyH mmg nak sgt lahir LSCS, taknak lalu vagina mak dia Bby mcm tahu bahaya menunggunya) Sebaik sampai di hospital dengan air ketuban pecah, Dr B suruh Puan L cucuk antibiotik tetapi ibunya tak mahu. Dr suruh check kuman kat pangkal rahim juga tak nak.  Dr suruh Pn L ambil injection untuk kuat kan paru-paru baby H memandangkan dia akan lahir pramatang pun tak nak.  Dr B nasihat kan Pn L tak payah Lotus Birth bagai sbb lahir melalui pembedahan tetapi dia nak jugak berlotus teratai bagai !!  

Baby Di Lahirkan Pramatang

Baby H lahir pada 12.19am, 14Ogos melalui pembedahan Ceasearean. Bayi perempuan yang cukup sifat. Nafas elok, nangis elok. Vaksin & Vitamin K ditolak. BabyH pramatang dengan berat kurang dari 2.5kg. Baby seperti ini, wajib di masukkan ke Unit Khas Baby (SCN) untuk pantauan rapi. Kena jaga elok elok, tengok pernafasan, bagi susu. Akak-akak Misi kat SCN akan tengokkan baby-baby pramatang pagi petang siang mlm. Biasanya, dapaat discharge elok, dan membesar macam biasa.

Tetapu, ibu degil, Puan L menolak admission ke SCN, dan sign borang “AOR”. Maka, Baby H sempat hidup “sihat” 6 jam sahaja. Lepas tu semua sengsara. Sampai disahkan meninggal.Usia 15 Jam baby H mula sengsara! Dr P dipanggil untuk tengok kan baby H. Gula rendah, Dr P tegaskan berkali-kali kat Pn L & suami , baby H perlu dipantau rapi di SCN. Baru mereka setuju.

Nafas Tersangkut

Usia 16 jam, 4.40pm, Baby H admit SCN. Nampak lembik, pucat, kulit beruam (mottled), badan sejuk. Di beri air gula untuk rawatan gula rendah.
Baby H okay sikit. Dr P bebel kat PnL “Lotus” tu bawak kuman kat baby H masuk kat pusat, kemudian perut. Misi-misi SCN pun bebel. PnL setuju nak potong “Lotus” (dah 16jam)

11.45 pm : Baby H nafas sangkut-sangkut, pucat. Nurse panggil Dr P urgent. Dr P tgk badan makin sejuk, perut kembung (dari pusat yg baru potong lotus tu). Jangkitan kuman dan merebak (sepsis). Dr P call pakar dia terus.

1.30 am baru settle buat, check darah, bagi 2 jenis antibiotics. 5.30 am, nurse panggil Dr P lagi skali. Nafas still sangkut, makin lembik. Ruam(mottle) satu badan makin menjadi. Dr P risau jangkitan dah naik kat selaput otak. Dia tambah lagi antibiotics yg blh mati kan kuman di otak. 6.00am baby H pucat & kuning, badan sejuk & tak bergerak & lembik sangat. Ruam makin bertambah. Perut lagi kembung. Badan kering sangat. (ni semua combo SEPSIS). Diberi bantuan Oxygen. Masuk air melalui jarum kat tangan. Ok sikit, tp still sengsara.

Keadaan Semakin Kritikal

6.40 am – 6.45 am Dr P bincang kes baby H dgn Pasukan PIPER,Pakar Bayi. Pastuh dia call Pakar Perunding PIPER, Prof S. Prof S bagi pendapat, dan suruh tambah 1 lagi ubat. 7.30am, nafas makin laju, makin sangkut. Oxygen tak cukup. Dr P “up” kan bantuan pernafasan. Jenis CPAP.
8 am Nafas ok sikit. Nampak stabil sikit daripada sebelum tu. 8.15 am Dr P call Pasukan PIPER dan update progress baby H. Tak lama pastu PIPER sampai di NICU.

8.15 am-9.20 am, Dr P & Pasukan PIPER sama² check baby H. Badan sgt sejuk, tak bergerak, nafas makin teruk,lembik,pucat,perut kembung.
9.20am – 10.40am, tiub pernafasan dimasukkan dlm tekak baby H. Tambah antibiotics sbb perut makin kembung. Masuk darah (transfusion). Diberi ubat kuatkan paru-paru. Diberi ubat naikkan tekanan darah. Diberi injection Vitamin K, darah terlampau berasid, diberi ubat NaHCO³.
(dah kritikal sgt).

Tanda-tanda Kematian

Pasukan PIPER & Prof S buat keputusan nak transfer baby H ke hospital khas untuk Bayi. Persediaan dibuat untuk urusan transfer. PIPER bgtahu IbuBapa baby H dia sangat kritikal. Tak tahu boleh selamat ke tak. Tapi mereka akan cuba sedaya upaya.

11.49am, PIPER & baby H bergerak dari Hosp A ke Hosp B. (mcm hospital daerah ke HKL gitu lah). Tiub pernafasan still dalam tekak. Bacaan Oksigen BbyH 88%. Sejurus selepas bergerak, Ambulans terpaksa berhenti. BbyH makin tenat. Bacaan Oksigen jatuh 20%. Dada tak sekata. PIPER suspect Selaput Paru² masuk Angin (Pneumothorax). Dr buat prosedur emergency nak keluarkan angin tu. Tiba², jantung pulak makin slow. Dr bagi ubat Adrenaline melalui darah nak bantu jantung dia. Tak banyak perubahan.

PIPER call ProfS – Prof suruh gerak ke HospB secepat mngkin.Sambung bagi ubat Adrenaline & bantuan Oksigen dlm perjalanan. 12.25, PIPER & BbyH sampai di Jabatan Kecemasan Hosp B. Segala mcm Pakar dah standby. Jantung berdegup lemah sgt. (40 beat seminit) Terus start CPR. Terus tolak ke ICU bby atau dikenali sbg NICU. Adrenaline lagi. Sampai di NICU. Jantung dah tak berdegup. Mata dah terbeliak. Oksigen tak boleh baca. (tanda² dah mati)

Punca Kematian

Pakar Perunding NICU & PIPER buat keputusan sambung CPR sementara tunggu parents baby H sampai, tapi tak payah bagi ubat dah. Memang tak ada harapan. 1 pm, ibu bapa baby H sampai. Keadaan diterangkan. 1.03pm, mereka pegang baby H. 1.30pm, baby H disahkan mati.

Apa Yang Menyebabkan Baby Harlow Mati?

Baby H lahir pramatang dgn berat kurang dari 2.5kg. Sejurus selepas kelahiran, BbyH nmpk stabil. Namun dia berisiko, jadi :

– Dr P minta nak check tahap gula dlm darah baby H, PnL TAK BAGI

– Dr P suruh baby H admit & dipantau di ward khas baby, SCN, PnL TAK BAGI

– Pn L jaga baby H. Uri & tali pusat masih bersambung.Lotus lah konon. Baby H disapukan cecair dari Vagina Ibunya sejam sekali.

– Baby H diberi susu ibu dari “Ibu Susu” yg tidak tahu status kesihatan nya, dan PnL tak bagitahu benda ni kat siapa-siapa. Dia buat senyap.

Sumber : Dr. Malarsanthi Santherasegapan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×