Rakyat

Sekolah Masih Tutup, Taska Dibenarkan Buka. Ini SOP Terkini PKPB Oleh MKN

143
SHARES

Pada 1 Mei 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan perutusan berkaitan kelonggaran PKP bermula 4 Mei ini.

Dalam tempoh PKP fasa 4 ini, pelbagai ekonomi akan dibenarkan beroperasi dengan syarat ianya mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Sebagai ibu bapa, tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana dengan sesi persekolahan dan pembukaan taska memandangkan ibu bapa bakal mula bekerja.

Berikut dilampirkan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) tentang pembukaan sekolah, kolej, institusi pendidikan dan taska.

SOP Sektor Pendidikan (Prasekolah, Sekolah, IPTA / IPTS)

Menurut MKN, semua prasekolah, sekolah (rendah/menengah) dan IPTA/IPTS kekal DITUTUP sehingga dimaklumkan kelak.

Aktiviti berikut kekal TIDAK dibenarkan walaupun sekolah bakal dibuka kelak.

  • Sukan semasa sesi persekolahan
  • Aktiviti kokurikulum bersemuka
  • Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
  • Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang

Menurut garis panduan yang di keluarkan, sekiranya sekolah dibuka kelak sesi persekolahan hanya bagi kelas peperiksaan sahaja (SPM, SVM, STPM dan STAM).

Pengumuman pembukaan sekolah juga akan dibuat 2 minggu lebih awal bagi memberi masa kepada ibu bapa untuk membuat persediaan sewajarnya.

Sop taska sekolah pkp

Sektor Penjagaan Sosial (Taska)

Bagi memudahkan ibu bapa, sektor penjagaan sosial pula iaitu Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) bakal dibenarkan beroperasi kecuali di kawasan PKPD dengan syarat perlu mengikut SOP yang ditetapkan.

Antara protokol yang perlu dilakukan oleh pengusaha taska sebelum beroperasi adalah:

  • Taska perlu dibersihkan dan dinyahkuman.
  • Guru dan kakitangan tasja perlu diberi latihan langkah-langkah kebersihan dan keselamatan.
  • Mengisi Borang Akuan Pengisytiharan Kesihatan oleh kanak-kanak, ibu bapa / penjaga dan kakitangan.

Selain itu, langkah pencegahan penularan juga perlu diambil.

Berikut adalah SOP Taska penuh yang dikeluarkan oleh MKN.

Rata-rata ibu bapa ada yang masih risau dan tidak yakin menghantar anak ke taska disebabkan situasi wabak yang masih belum pulih sepenuhnya.

Namun, sesetengah ibu bapa pula berasa lega kerana mereka tidak mempunyai pilihan apabila perlu berkhidmat dan mula bekerja.

Sop taska pkp

 

Hmm… Susah juga memandangkan setiap orang terpaksa melalui situasi yang berbeza.

Yang pasti, setiap ibu bapa tentunya mahukan yang terbaik buat anak masing-masing jika diberi pilihan.

Apa kata anda pula?

*Sumber daripada SOP yang dikongsikan melalui Facebook rasmi Majlis Keselamatan Negara.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×