Didik

Tips Ibu Bapa Hadapi Keputusan Peperiksaan Anak Dengan Tenang, Anak Pun Happy!

48
SHARES

“Anak kau dapat berapa A Senah?? Anak aku straight A’s…”

Bila tibanya hujung tahun ini lah masanya untuk anak-anak terima keputusan peperiksaan mereka setelah bertungkus lumus mengulang kaji. Sesetengah ibu bapa akan berpuas hati dengan tahap pencapaian anak mereka dan ada juga yang kurang berpuas hati. Jadi, ini tips yang telah dikongsi oleh seorang bapa yang juga merupakan seorang guru tentang cara ibu bapa menghadapi keputusan peperiksaan anak dengan tenang.

10 Pesanan dari buat ibubapa dan calon UPSR.

1.Yang ada anak UPSR, walau berapa pun keputusan, raikanlah mereka.

2.Kalau pernah berjanji nak hadiahkan apa-apa, berilah juga walau mereka tak capai target. Sesungguhnya mereka telah mencuba sedaya upaya.

3. Janganlah membanding beza keputusan dengan kakak dan abang yang lain. Bandingkan dengan orang luar lagi jangan sesekali.

4. Saat ini anak-anak yang rendah keputusannya sangat memerlukan sokongan ibubapa dan ahli keluarga. Walau mereka diam sahaja, walau konon-kononnya redha, tapi pasti ada rasa sedih yang amat dipendam.

5. Jika mereka menangis kerana gagal, biarkan mereka menangis sepuasnya. Biar mereka sedar bahawa untuk mengecap kejayaan perlukan usaha gigih yang bukan sedikit.

6. Setelah itu, berilah kata-kata semangat dan biar keputusan rendah kali ini menjadi pengajaran kepada mereka untuk berusaha lebih gigih di sekolah menengah nanti.

7. Jangan terlalu memperlekehkan UPSR kononnya “Ala, UPSR je pun. Bukan apa-apa.” Jika selalu dimomokkan supaya tak perlu berusaha dengan gigih, aku risau sikap acuh tak acuh akan diteruskan sehingga alam sekolah menengah, universiti dan kehidupan mereka besar nanti. Hidup diluar sana jauh lebih kejam dan keras.

8. Yang berjaya cemerlang pula, disamping raikan dengan hadiah dan kata pujian, perlu juga ingatkan mereka jangan leka. Ramai cemerlang UPSR tapi kecundang PT3 dan SPM.

9. UPSR ini penanda aras yang sangat penting dan merupakan titik tolak supaya mereka lebih cemerlang dimasa akan datang. Sekali lagi diingatkan, jangan meremehkan peperiksaan UPSR.

10. Akhir sekali, jangan lupa segala kejayaan/kegagalan adalah ujian dari Tuhan. Walau gagal, walau berjaya, sujud itu perlu. Didik anak begitu. Dan jangan lupakan jasa guru-guru. Bukan guru-guru Tahun 6 sahaja, tapi sejak pra sekolah lagi.

Semoga semua calon UPSR tahun ni cemerlang dan terus berjaya dimasa akan datang.

*Sebenarnya, tips ni boleh juga diguna pakai untuk apa-apa jenis peperiksaan yang anak anda hadapi. Betul tak? 🙂

Sumber: Mohd Fadli Salleh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×