Famili

Hukum ‘Tukar Pasangan Suka Sama Suka’, Suami Isteri Nusyuz

4K
SHARES

Kewujudan laman media sosial seperti Facebook dan Instagram sebenarnya sedikit sebanyak dapat membantu kita merapatkan hubungan sesama manusia. Bukan itu sahaja, buat anda yang jauh dari keluarga dan rakan-rakan pun masih boleh berinteraksi melalui laman sosial media ini. Namun, ada juga keburukannya dimana segelintir pihak menyalahgunakan platform ini dijadikan sebagai medan untuk melepaskan nafsu.

Baca juga: Terjumpa Group ‘Tukar Pasangan Suami Isteri’, Siap Offer Pasangan Sendiri!

HUKUM TUKAR PASANGAN SUKA SAMA SUKA, SUAMI ISTERI NUSYUZ

Terbaharu, tular di media sosial wujudnya ‘swinger group’ ataupun budaya bertukar pasangan antara suami isteri di Facebook untuk tujuan persetubuhan. Masyarakat Islam di Malaysia yang sangat cakna dengan isu ini mula memberikan pelbagai komentar dan pandangan. Perkara ini jelas dilihat bercanggah dengan pegangan amalan Islam. Justeru, Bayan Linnas kali ini akan mengupas isu “Tukar Pasangan Suka Sama Suka” menurut perspektif syarak.

Abu al-A’la al-Maududi menyebut di dalam kitabnya bahawa nusyuz bukan hanya berlaku di pihak isteri, malah berlaku juga di sebelah suami dan juga melalui kedua-duanya apabila timbulnya pengabaian dalam menunaikan tanggungjawab sebagai suami dan isteri )Rujuk: Huquq al-Zaujain, hlm 44)

Justeru dalam hal ini, suami telah membiarkan isteri terjebak ke lembah perzinaan bahkan isterinya juga ingin melakukan perkara mungkar yang dilarang oleh syarak.

Oleh hal demikian, suami seharusnya bertanggungjawab untuk menyelamatkan ahli keluarga daripada seksaan api neraka dengan membimbing mereka mentaati-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Firman Allah SWT:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡهَا مَلَٰٓئِكَةٌ غِلَاظ شِدَاد لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNy kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”-Surah al-Tahrim (6)

LARANGAN ZINA DAN KEROSAKANNYA

Tukar pasangan suka sama suka adalah suatu perkara yang bercanggah dengan moral dan etika Islam. Hal ini disebabkan Islam menggariskan peraturan dan tatacara tertentu dalam perhubungan manusia. Islam menghalalkan persetubuhan lelaki dan wanita tetapi mestilah melalui cara yang dibenarkan oleh syarak iaitu perkahwinan. Perbuatan tukar pasangan suka sama suka ini adalah suatu bentuk zina yang sangat dikeji. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah suatu yang keji dan seburuk-buruk jalan”.-Surah al-Isra’ (32)

Para ulama bersepakat menyatakan zina termasuk dalam kategori dosa besar. Bahkan zina adalah suatu perbuatan yang berkait rapat dengan kesempurnaan dan kelemahan iman seseorang. Seseorang tidak akan berzina dalam keadaan sempurna imannya.

Selain itu, Nabi SAW mengingatkan kita bahawa zina membawa keburukan yang besar kepada seseorang sama ada di dunia dan di akhirat. Orang yang berzina akan dihilangkan kemuliaan dirinya, dipendekkan umurnya serta mewarisi kefakiran ketika di dunia. Manakala di akhirat pula dia mendapat kemurkaan Allah, hisab yang buruk serta mendapat azab api neraka (Rujuk: Tafsir al-Maraghi, hlm. 69).[3] Imam Ato’ di dalam tafsirnya menyebutkan antara sifat neraka jahanam ialah ia mempunyai bau yang sangat busuk dan bau itu berasal daripada kemaluan penzina (Rujuk: al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair, 2/158).[4]

Oleh yang demikian isu tukar pasangan suka sama suka termasuk dalam perbuatan zina yang sangat dikeji oleh agama apatah lagi sekiranya dilakukan oleh suami atau isteri seseorang. Zina bukan hanya membawa kerosakan kepada diri tetapi ia turut membawa kerosakan yang besar kepada institusi keluarga dan sistem sosial masyarakat. Nabi SAW turut mengingatkan berkenaan hal ini di dalam hadisnya:

مَا ظَهَرَ فِي قَوْمٍ الزِّنَا وَالرِّبَا إلَّا أَحَلُّوا بِأَنْفُسِهِمْ عَذَابَ اللَّهِ

Maksudnya: “Tidaklah berleluasa perbuatan zina dan riba di dalam suatu kaum melainkan mereka membenarkan azab Allah (turun ke atas mereka)”- Riwayat al-Tabrani (462) dan al-Hakim (2261)

Hal ini turut dibuktikan melalui kajian saintifik moden yang menyatakan bahawa mereka yang terlibat dengan seks bebas atau sering bertukar pasangan terdedah kepada beberapa penyakit kelamin seperti aids.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×