Kewujudan laman media sosial seperti Facebook dan Instagram sebenarnya sedikit sebanyak dapat membantu kita merapatkan hubungan sesama manusia. Bukan itu sahaja, buat anda yang jauh dari keluarga dan rakan-rakan pun masih boleh berinteraksi melalui laman sosial media ini. Namun, ada juga keburukannya dimana segelintir pihak menyalahgunakan platform ini dijadikan sebagai medan untuk melepaskan nafsu.
Seperti perkongsian dari Haqim, difahamkan dia terjumpa group di Facebook yang dianggap sensitif dan kurang sopan apabila ada individu berstatus suami sanggup bertukar pasangan untuk merasai ‘keseronokan’ bersama isteri orang lain!
TERJUMPA GROUP TUKAR PASANGAN SUAMI ISTERI
Menurut perkongsian Haqim, ketika dia sedang mencari group untuk menukar nama pemilik berkaitan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Facebook dan dia terjumpa ‘Group Tukar Pasangan Suami Isteri (suka sama suka)’ dan ‘Tukar Pasangan Suami Isteri Suka Sama Suka’. Pencarian tersebut bagaimanapun telah menimbulkan persoalan kepada dirinya dan difahamkan dia juga cuba untuk sertai group tersebut untuk melihat apa yang dikongsikan di dalam group tersebut. Ternyata apa yang ditemuinya sangat mengejutkan!
Menurut perkongsian dari Haqim, dia menemui posting ‘nakal’ dan dianggap keterlaluan sehingga ada pengguna media sosial sanggup mencari isteri orang lain untuk ‘berseronok’.
Bukan itu sahaja, ahli dalam group tersebut juga berbual dan menjalankan urusan seperti ‘jual beli’ untuk bertukar-tukar pasangan hanya keseronokan semata-mata. Lebih mengejutkan lagi, ahli yang sertai group tersebut juga ada berstatus isteri orang juga.
Sumber: Twitter @emrhaqim