Insiden masjid tersalah melaungkan azan ketika bulan Ramadan adalah antara perkara yang sering dielakkan. Mana tidaknya, jika tersalah melaungkan azan, ramai juga dalam kalangan umat Islam di kawasan tersebut yang akan berbuka terlebih awal dan puasa tersebut perlu diganti. Kena periksa jam betul-betul supaya perkara macam ini dapat dielakkan!
MASJID TERSALAH LAUNG AZAN 3 MINIT AWAL
Terdapat satu perkongsian di laman Facebook dimana sebuah masjid memberi kenyataan kepada orang ramai bahawa mereka memohon maaf atas kesilapan melaungkan azan terlebih awal. Hal ini kerana berlaku masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid tersebut.
Justeru, mengikut penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan mengenai hukum terbuka puasa awal mengikut kepada azan yang dilaungkan di masjid, televisyen atau radio, orang ramai diminta untuk wajib qadha puasa pada hari tersebut kerana terbatal.
CHECK WAKTU SOLAT DENGAN TEPAT
Untuk mengelakkan keadaan sebegini berlaku lagi , orang ramai perlu lebih cakna bila masuknya waktu solat sekaligus waktu berbuka di kawasan masing – masing .Boleh semak di :- https://www.e-solat.gov.my/index.php?siteId=24&pageId=24
Ketepatan jam juga perlu diperhatikan .Pastikan jam anda semua mengikut waktu piawai Malaysia seperti yang tertera di :-
https://mst.sirim.my/index.php?small
Hari-hati dan jangan terburu-buru ketika hendak berbuka puasa tu ya. Pastikan anda periksa waktu terlebih dahulu.
Sumber: Muhammad Syafiq