Nur

Tersalah Buka Puasa Awal Ikut Azan Di Radio, Batal Ke Puasa Anda? Ini Jawapan Mufti WP

41
SHARES

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang pernah mengalami situasi terutama sekali apabila berbuka puasa di luar, keliaru sama ada sudah masuk waktu berbuka atau belum. Dengar azan masjid masih belum berkumandang tetapi di radio sudah kedengaran bunyi azan. Jadi, kita pun berbuka puasa apabila mendengar azan yang berkumandang di radio tersebut sedangkan masih awal 5 minit dari waktu sepatutnya berbuka. Alamak, batal ke puasa? Ini jawapan dari Mufti.

APA HUKUM BUKA PUASA AWAL BILA DENGAR AZAN DI RADIO?

Soalan: Apakah hukum seseorang yang berbuka puasa sekitar 5 minit sebelum azan disebabkan DJ radio tersalah mengumandangkan azan Maghrib lebih awal?

Telah sampai kepada kami isu tersalah azan Maghrib sebelum masuknya waktu. Dalam hal ini, kami amat prihatin apa yang berlaku dan meneliti respon serta pendapat pelbagai pihak berkaitan dengan situasi yang berlaku itu. Apakah puasa perlu diqadha’ atau tidak? Maka, kami akan bahaskan dalam ruangan ini sebagai pencerahan dan penyelesai kepada kemelut isu yang berlaku ini. Semoga jawapan yang dikemukakan ini menjadi tenang jiwa dan lapang dada kepada mereka yang ingin mengamalkan ajaran Islam dengan sebenarnya berpandukan kepada neraca syariat dan fiqah Islami.

Puasa yang disyariatkan adalah untuk menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sadiq hingga tenggelam matahari. Puasa tidak berakhir dengan petanda azan oleh muazzin. Firman Allah SWT:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

Maksudnya: “…dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib);…”
(Surah al-Baqarah: 187)

BATAL PUASA DAN WAJIB DIGANTI

Setelah menilai dan meneliti kedua-dua pendapat, kami lebih cenderung kepada batalnya puasa dan wajib bagi mereka yang tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqadha’. Ini kerana beberapa hujah:

Umum nas al-Qur’an Surah al-Baqarah ayat 187.

Kaedah fiqh menyebut الاصل في كل حادث تقديره بأقرب زمان (Asal bagi sesuatu perkara ditentukan dengan waktu yang paling hampir). Berbuka puasa yang bukan pada waktunya menyebabkan batal puasa kerana waktu yang hampir dengannya ialah masih lagi belum masuk waktu berbuka yakni perlu terus berpuasa.

Ini juga selari dengan kaedah fiqh لا عبرة بلظن البين خطؤه (Tidak diiktibarkan dengan zhan atau sangkaan yang nyata salahnya). Dalam kes ini, selepas diberitahu waktu Maghrib belum masuk, dan ternyata benar, makan zhan atau ghalabat al-zhan yang berlaku sebelum ini iaitu masuk waktu berbuka telah nyata salah dan silapnya. Maka yang berbuka sebelum waktu hendaklah mengqadakkan puasa yang terbatal itu selepas Ramadhan. Imam Malik menyatakan di dalam al-Muwatta’, 1/303:

عَنْ خَالِدِ بْنِ أَسْلَمَ، أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ أَفْطَرَ ذَاتَ يَوْمٍ فِي رَمَضَانَ فِي يَوْمٍ ذِي غَيْمٍ، وَرَأَى أَنَّهُ قَدْ أَمْسَى وَغَابَتِ الشَّمْسُ. فَجَاءَهُ رَجُلٌ فَقَالَ: يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ طَلَعَتِ الشَّمْسُ، فَقَالَ عُمَرُ: «الْخَطْبُ يَسِيرٌ وَقَدِ اجْتَهَدْنَا» قَالَ مَالِكٌ يُرِيدُ بِقَوْلِهِ: «الْخَطْبُ يَسِيرٌ» الْقَضَاءَ، فِيمَا نُرَى، وَاللَّهُ أَعْلَمُ

Maksudnya: “Daripada Khalid bin Aslam bahawa Umar Ibn al-Khattab pernah berbuka ketika mendung di petang bulan Ramadhan kerana menyangka saat itu matahari sudah tenggelam. Lalu datanglah seseorang mengkhabarkan bahawa matahari masih ada. Umar pun berkata: ‘Masalah yang mudah. Kita pun hanya berijtihad”’. Imam Malik menjelaskan pandangannya berkenaan kata-kata Umar iaitu ‘masalah yang mudah’ adalah bermaksud qadha’. Wallahua’lam.”

Kami tegaskan di sini bahawa dalam era moden ini, boleh dikatakan tidak ada yang tidak mempunyai jam, takwim, mahupun aplikasi dalam telefon pintar yang menyatakan waktu berbuka. Maka sewajarnya kita lebih berhati-hati dan tidak terburu-buru berbuka puasa sebelum disahkan dengan yakin.

Justeru, kami berpendapat bahawa usaha pihak radio mengumandangkan azan sebagai tanda masuk waktu dan berbuka puasa adalah amat baik. Tetapi, perlulah bagi pihak penyiaran radio atau TV lebih teliti dan cermat pada masa akan datang supaya kejadian seperti ini tidak lagi berlaku. Wallahua’lam.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×