Nur

Kajian Kimia Buktikan Hasil Cucian Mesin Basuh Adalah Bersih & Menepati Syarat Sah Solat

1.7K
SHARES

Hari ini tular tentang isu cucian dengan mesin basuh sampai ada yang keliru dan was-was pula nak cuci pakaian sebab ada yang kata ianya tak bersih dan tak boleh dibawa solat.

Ada yang begitu teliti sampai tak menggunakan langsung mesin basuh dan mengasingkan pakaian anak-anak daripada pakaian yang lain.

Namun ada yang berpendapat bahawa cucian mesin basuh telahpun mencukupi untuk menghilangkan kotoran.

Jadi, yang mana satu yang betul?

Sebuah posting oleh Mohd Hapiz Mahaiyadin @ Hapiz Kodiang ini menjelaskan bahawa kajian mereka mendapati hasil dapatan saintifik bagi status pakaian bernajis yang dibasuh dengan mesin basuh dan dobi adalah bersih.

Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Kedah dan juga Pulau Pinang telah mengetuai kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM.

Pasukan penyelidik ini menggabungkan Pensyarah Syariah, Kimia dan Sains Gunaan yang telahpun mendalami isu ini secara teliti.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2019 menggunakan Geran Jabatan Mufti Pulau Pinang. Bahkan, keputusan fatwa di Pulau Pinang juga telah dibuat berdasarkan hasil kajian ini.

Di bawah ini disertakan posting asal beliau dan pautan artikel Jurnal Syariah Jil. 28, Bil. 1 (2020) 55-80 berkaitan isu ini.

https://ejournal.um.edu.my/index.php/JS/article/view/24439/11710

Hukum Basuh Baju Menggunakan Mesin Basuh

Ada orang bertanya mengenai status pakaian bernajis yg dibasuh dengan mesin basuh dan dobi.

Jawapan ringkas saya ialah harus menggunakan mesin basuh. Seterusnya pakaian bernajis tersebut dihukum bersih Insya Allah berdasarkan ujikaji saintifik yang dilakukan oleh saya sebagai ketua bersama team penyelidik menggabung pensyarah syariah, kimia dan applied science.

Jika tidak takut dikatakan ujub, kajian kami yang menguji kesan najis dalam basuhan tersebut adalah yang pertama di dunia moden ini, setakat kami telaah. Insya Allah, bulan Julai nanti dlm proses diterbitkan dalam sebuah jurnal antarabangsa yg diindeks oleh Scopus!

Untuk bacaan lanjut, baca artikel kami dalam Jurnal Syariah Jil. 28, Bil. 1 (2020) 55-80

Dr HK
UiTM, Shah Alam
23/6/2020

Keupayaan Mesin Basuh dan Dobi Menghilangkan Najis

Di sini kami memetik serba-sedikit ringkasan hasil dapatan kajian yang dilampirkan melalui artikel tersebut:

Metode basuhan semua sampel tersebut yang menggunakan mesin basuh dan dobi layan diri adalah menepati dua kaedah basuhan yang disarankan oleh fuqaha Shāfi‘iyyah seperti berikut:

a) Penggunaan air mutlak yang bersih walaupun kurang daripada dua kolah

b) Berlakunya proses kemasukan air (murur al-mā’) ke dalam pakaian yang dimasukkan lebih awal dalam drum mesin basuh dan mesin dobi, bukan sebaliknya.

c) Terbukti berlakunya bilangan (adad) basuhan air beberapa kali untuk menghilangkan kesan najis. Pertukaran air basuhan pertama akan dikeluarkan sebelum air baharu dimasukkan bagi putaran kali kedua.

c) Pakaian telah dikeringkan secara putaran (spinning) setelah selesai basuhan berdasarkan mod yang ditetapkan pada kedua-dua mesin. Proses putaran ini menepati kaedah perahan (i’sar) pakaian yang dihukumkan sunat oleh Shāfi‘iyyah dan wajib menurut Hanafiyyah.

d) Dari segi pengesanan zat najis dan jenis kesannya, didapati;

  • i) Kesan najis iaitu bau, warna dan rasa telah hilang sepenuhnya.
  • ii) Kewujudan kesan warna yang masih samar-samar disebabkan kesukaran menghilangkannya dimaafkan oleh syarak atas faktor mashaqqah.
  • Setiap pakaian yang telah hilang semua kesan najis khususnya kategori mutawaṣṣiṭah adalah dihukumkan bersih sekiranya semua kesan tersebut dapat dihilangkan dengan mudah.
  • Jika sukar dihilangkan selepas dibasuh dengan sabun (contoh) seperti kesan darah, pakaian tersebut dihukum bersih dengan dimaafkan (diberikan kelonggaran) pada kesan yang berbekas

Berasaskan prinsip-prinsip di atas, kenyahwujudan najis pada pakaian yang dibasuh menggunakan kedua-dua mesin itu sewajarnya telah dianggap bersih dalam konteks ṭahārah sebagai syarat sah ibadat solat, bukan sekadar menghilangkan kotoran najis (izālah al-najāsah) semata-mata.

Justeru, penggunaan mesin basuh dan dobi merupakan suatu inovasi basuhan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh umat Islam untuk kesenangan ibadat kepada Allah SWT jika terbukti ia mampu membersihkan najis.

Islam tidak pernah bersikap skeptikal terhadap sebarang rekacipta orang bukan Islam, asalkan tidak menyalahi prinsip-prinsip hukum syarak yang jelas.

 

 

Baguslah ada kajian begini sebab ia selari dengan kemodenan dan dapat menerangkan hukum Islam.

Semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan terhadap sebarang persoalan yang bermain di fikiran kita.

*Pautan posting asal di Facebook : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3311312338893468&id=100000442026372

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×