Famili

“Cakap Main Lepas Je” Si Ayah Ini Luah Rasa Kecewa Sikap Ibu Bapa Suka Bandingkan Anak

363
SHARES

Mak ayah mana yang tak pernah mengalami dan berhadapan dengan situasi anak-anak menjerit dan berlari-lari di dalam kedai atau pusat membeli-belah kan? Tetapi ada juga dalam kalangan ibubapa yang beranggapan bahawa anak mereka tidak seperti anak orang lain yang katanya lebih beradab dari anak mereka sendiri. Mulalah situasi-situasi membanding-bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain sampai dalam tidak sedar mengguris hati orang lain.

Begitu juga dengan luahan si ayah ini dimana beliau sendiri berhadapan dengan situasi orang suka membandingkan anaknya. Sampai terguris hati dan ‘down’ perasaan ayah tersebut. Ingat! penting untuk anda tidak membandingkan anak sendiri dengan orang lain kerana mereka mempunyai keistimewaan tersendiri.

SIKAP BANDING ANAK DAH JADI MACAM TREND

Anak awak dah pandai duduk? Anak saya 6 bulan pandai dah duduk sendiri.”

“Anak awak hisap puting ke? Tak elok hisap puting nanti gigi tak cantik. Saya memang tak ajar anak saya hisap puting.”

“Tidur buai ke? Susah nak travel nanti. Tak payah la ajar anak tidur buai. Anak-anak saya semua tidur bawah.”

Sikap suka bandingkan anak-anak ni macam dah jadi satu trend sekarang ni. Kalau balik kampung berkumpul ramai-ramai atau jumpa kawan-kawan sambil minum-minum ke ada je yang nak membandingkan anak dia dengan anak kita. Dah tu pulak, cakap main lepas je. Semua anak dia paling baik, paling hebat. Tak semua orang macam ni. Sesetengah je yang jenis suka sangat bandingkan anak dia dengan anak orang lain.

Ibu-ibu yang bila anak dia kena bandingkan dengan anak orang lain ni mula la nak emosi. Bukan cakap orang lain, tengok isteri aku sudahla. Kalau ada orang duk banding Amsyar pun mula la dia rasa down, rasa sedih. Sampai tak nak dah jumpa dengan orang yang selalu dok kondem Amsyar itu ini.

SETIAP ANAK ITU BERBEZA…

Sebagai bapa aku pun terasa jugak bila orang duk bandingkan anak aku ni. Bezanya, aku buat rileks je la. Biasala kan, ibu ni lebih kaya dengan emosi dan kasih sayang. Apa yang aku nak cakap, kita jangan sesekali bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Setiap anak perkembangannya tak sama. Setiap anak itu berbeza.

Kadang-kadang kita tak sedar yang kata-kata kita tu mengguris hati dan perasaan orang lain. Dia bukan ajar anak dia hisap puting tetapi keadaan yang memerlukan dia buat macam tu. Kau tahu ke anak dia dok menangis pukul 2,3 pagi tiap-tiap malam? Kalau tak sumbat puting memang tak tidur sampai pagi. Dia yang jaga anak dia, bukan kau.

Ala, tidur buai tak semestinya susah nak travel. Amsyar pun tidur buai. Tapi kalau balik kampung, tidur bawah je dia. Elok je. Bukan kata balik kampung, dekat rumah pengasuh pun tak nak dia tidur buai. Kat rumah je tidur buai. Jangan ingat anak yang cepat duduk, cepat merangkak dan cepat berjalan tu lebih bijak dan pandai. Tak semestinya. Asalkan perkembangannya dalam jangka masa yang normal tu kira okeyla.

Lepas ni jangan bandingkan anak kau dengan anak orang lain dah ye. Kalau kau jumpa kawan-kawan, bertanya khabar dah la. Jangan duk cakap “Eh, tak pandai jalan lagi Amsyar. Putra 11 bulan dah jalan. Lambat jugak ya Amsyar ni.” Semua ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak masing-masing. Takde ibu bapa yang nak lihat anak dia tak pandai. Selagi dalam tempoh perkembangan yang normal tu kira okeyla. Tak perlu nak banding anak-anak. Setiap anak-anak berbeza dan istimewa. Jangan buat orang lain sedih dengan kata-kata kau tu. Kah!

Sumber : Amir Syahir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×