Famili

Huawei P30 Pro Untuk Dimenangi, Senheng Xtra Rewards Janjikan Ganjaran Berganda!

7.2K
SHARES

Berbelanja tu perkara biasa, tapi lagi berbaloi kalau ada ganjaran. Taklah rasa ralat sangat bila duit keluar kan. Tak kisahlah ganjaran yang diberikan dalam bentuk mata ganjaran untuk ditebus atau pulangan tunai. Dua-dua ada kelebihan tersendiri.

Lagi best, bila ada peluang tambahan untuk menang hadiah telefon bimbit dengan teknologi terkemuka, Huawei P30 Pro.

Xtra Rewards dengan Senheng! Rebat EZ Credit Sehingga 40%!

Bukan setakat boleh menang Huawei P30 Pro, anda sebenarnya akan dapat dua kali ganda mata ganjaran PlusOne bila berbelanja di Senheng bermula dari 1 Jun hingga 31 Ogos nanti. Bagi anda yang gemar menikmati rebat tunai, EZ Kredit adalah pilihan terbaik! Rebat EZ Kredit sehingga 40% tau, banyak tu!

Paling penting tawaran ini tidak terhad kepada sesetengah produk saja. Sebaliknya, apa saja yang anda beli di mana-mana cawangan Senheng termasuk laman sesawang Senheng, anda layak untuk menikmati tawaran ni!

*Sementara stok masih ada
*Hanya untuk pemegang kad PlusOne
*Tertakluk pada terma dan syarat

Bayaran Serendah RM48 sebulan dengan AEON Easy Payment Scheme!

Buat yang ada bajet bulanan terhad, ini cara terbaik untuk anda beli perkakasan elektrik yang anda inginkan. Bayar secara ansuran dan tidak membebankan. Kebetulan kalau anda beli sewaktu promosi ini berjalan dan permohonan ansuran anda diluluskan, anda akan dapat baucar bernilai RM30.

Tambahan pula, pelanggan akan menerima baucar dengan kadar faedah 1% pada 150 produk terpilih (termasuk Vcare dan aksesori).

Tapi, tawaran ini tak boleh diguna pakai untuk pembelian telefon pintar ye. Selain itu, anda juga boleh beli produk yang terpilih dan tak terpilih bersama untuk join peraduan ni! Mudah kan? Bayaran seringgit akan dikenakan bagi setiap penyertaan.

*Tertakluk pada terma dan syarat

6 Buah Huawei P30 Pro Menanti Anda!

Siapa sangka berbelanja dengan Senheng berikan anda peluang untuk memiliki Huawei P30 Pro yang tengah intrend sekarang ni. Apa yang anda perlu buat anda cuma beli produk pilihan anda dengan nilai RM 3000 di mana-mana cawangan Senheng atau di laman sesawang mereka dengan kad kredit Citi. Automatik anda layak untuk join peluang merebut telefon pintar Huawei P30 Pro.

Walau bagaimanapun, kakitangan Senheng, ahli keluarga terdekat, rakan kongsi dan pembekal tidak layak untuk menyertai pertandingan ini. Pemenang dipilih berdasarkan jumlah penyertaan dan pembahagian hadiah sebab ada 6 buah Huawei P30 Pro saja untuk dimenangi.

Kalau anda tepilih, wajib datang untuk majlis penyampaian hadiah. Kalau tak hadiah akan dipindah milik. Majlis penyampaian hadiah akan berlangsung September atau Oktober ni. Jadi, anda kena stay tuned. Jika dipilih, anda akan dihubungi dalam tempoh 24 jam melalui dua panggilan jika panggilan pertama tidak dilayan.

*Tertakluk pada terma dan syarat
*Pihak penganjur boleh menukar hadiah dengan nilai yang sama
*Maklumat anda boleh digunakan oleh pihak penganjur

Xtra Waranti Setahun!

Sepanjang promosi ini berlangsung, setiap pembelian perkakasan elektrik di cawangan Senheng atau secara online akan menerima waranti extra selama setahun. Misalnya, perkakasan elektrik anda beli ada waranti setahun, lepas tu tambah lagi setahun extra waranti. Berganda-ganda waranti. Power kan?

Jadi, pastikan anda jangan lepaskan tawaran hebat Senheng ni. Barulah berbaloi-baloi!

*Tertakluk pada terma dan syarat
*Ahli PlusOne sahaja

Website: Senheng

Facebook: Senheng

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×