Pilihan Editor

Hospital Pertama Di United Kingdom Perkenal ‘Sterile’ Hijab Untuk Staff Beragama Islam

762
SHARES

Walaupun berada di negara luar, identiti sebagai seorang yang beragama Islam tidak akan dilupakan. Pemakaian hijab ketika bekerja di luar negara pastinya  akan menjadi isu yang rumit seperti apa yang dipaparkan di laman media sosial. Namun, tidak kepada salah seorang doktor dari Malaysia yang bekerja di salah sebuah hospital di United Kingdom.

Mendapat perhatian media seluruh dunia, sebuah hospital di United Kingdom buat pertama kalinya memperkenalkan hijab pakau buang untuk pekerja perubatan yang beragama Islam.

HOSPITAL PERTAMA DI UK MEMPERKENALKAN STERILE HIJAB

Royal Derby Hospital merupakan hospital pertama yang memperkenalkan ‘sterile’ hijab atau bermaksud hijab khusus untuk dipakai ketika berada di bilik bedah atau hospital. Hijab ini diperkenalkan supaya staff perubatan hospital tersebut yang beragama Islam dan berhijab dapat melakukan kerja dengan lebih selesa.

Paling menarik adalah idea ini diperkenalkan oleh seorang doktor junior dari Malaysia iaitu Doktor Farah Roslan. Mendapat idea yang bernas ini semasa mendapatkan latihan di University Hospitals of Derby dan Burton NHS Trust, Farah mengatakan bahawa beliau lebih selesa apabila memakai sterile hijab berbanding hijab biasa.

RISIKO TERDEDAH BAKTERIA LEBIH RENDAH

Hal ini kerana, hijab biasa mungkin akan membawa risiko jangkitan bakteria kepada para pesakit. Beliau juga memberitahu bahawa penggunaan sterile hijab ini lebih mudah kerana boleh dipakai buang dan terhindar dari bakteria.

Bukan itu sahaja, salah seorang doktor yang merupakan consultant surgery kepada Farah juga menyokong idea tersebut. Beliau juga turut memberitahu bahawa ini merupakan pertama kali hospital di UK memperkenalkan konsep dan menitikberatkan kepercayaan agama seseorang dalam hal bekerja.

*Memang bagus apabila ada hospital di luar negara menerima cara Islam dengan hati terbuka bukan?

Sumber: BBC

Most Popular

To Top