Sihat

Hentikan ‘Trend’ Makan Pedas, Doktor Kongsi Padah Anda Bakal Terima!

104
SHARES

Trend makan makanan pedas semakin menjadi-jadi dalam kalangan orang ramai dan sudah menjadi kebiasaan rutin harian. Antara menu popular yang menjadi pilihan orang muda ialah mi segera berperisa pedas melampau.  Situasi ini tidak sesuai diamalkan kerana akan mendatang pelbagai risiko memudaratkan kesihatan seperti dikongsi oleh Dr Kamarul Ariffin.

Baca juga: Elak 5 Makanan Ini Yang Boleh Menyebabkan Kanser, Bahaya!

HENTIKAN ‘TREND’ MAKANAN PEDAS

Menerusi perkongsian tersebut, Dr Kamarul Ariffin memohon agar orang ramai menghentikan trend menu makanan pedas dan cabaran makanan pedas. Hal ini menurutnya apabila seseorang itu makan makanan pedas, dia tidak akan mengunyah dengan betul dan ala kadar sahaja.

Biasanya, bila dah terlalu pedas, orang akan makan laju-laju! Kunyah pun ala kadar je. Ini sesuatu yang tak bagus untuk. Penghadaman makan bermula dari mulut. Di mulut makanan perlu dihancurkan secara fizikal, iaitu dikunyah.

Selain itu di mulut pencernaan kimia juga berlaku. Enzim amilase dari air liur diratakan pada makanan semasa dikunyah. Fungsi enzim ni adalah untuk menguraikan kanji kepada unit karbohidrat yang lebih kecil atau gula ringkas.

Apabila tak kunyah sempurna, pasti penghadaman dan pencernaan terjejas. Jadi kita tak dapat sepenuhnya zat dari makanan yang kita makan. Rugi, kan? Lazimnya semasa dan selepas makan makanan pedas, kita minum air dengan sangat banyak. Ini juga amalan yang tidak baik. Kita akan cenderung untuk isi perut, lebih daripada kapasiti maksimum perut kita.

Makan lebih kapasiti, serta makanan pedas ini menyumbang kepada faktor yang menyebabkan gastroesophageal reflux disease (GERD), iaitu kondisi dimana asid melimpah ke esophagus. Ia menyebabkan pedih ulu hat dan sendawa berasid.

Selain GERD, makan makanan terlampau pedas juga dikaitkan dengan keradangan perut(gastritis), ulser perut, dan buasir. Makanan pedas tidak menyebabkan penyakit-penyakit ini, tetapi ia akan parakan kondisi itu jika orang itu sudah sedia ada memilikinya.

CABARAN YANG UNDANG BAHAYA

Jelasnya, cabaran tersebut akan mengundang bahaya lebih-lebih lagi individu yang mengalami masalah gastrik, ulser dan juga buasir.

Sumber: Twitter Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×