Kini Trending

Haziq Husni Atau Sean Lee? Siapa Bakal Pengacara Baharu Melodi Bersama Ain Endruce?

2
SHARES

Siapa yang tidak mengenali rancangan hiburan popular yang telah bertapak dalam sistem televisyen Malaysia iaitu Melodi bukan? Memaparkan berita gosip panas tentang dunia hiburan, Melodi mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan asyik tertunggu-tunggu setiap hujung minggu.

Untuk rancangan Melodi 2022, katanya akan ada gandingan pengacara baharu yang akan merancakkan lagi hiburan hujung minggu anda! Nak tahu juga siapa yang bakal bergandingan dengan Ain Edruce tu kan?

HAZIQ HUSSNI & SEAN LEE, SIAPA GANDINGAN BAHARU MELODI BERSAMA AIN EDRUCE?

Pada tanggal 7 Ogos 2022 iaitu Ahad ini, rancangan hiburan tempatan, Melodi akhirnya akan memperkenalkan pengacara terbaharu. Seperti sedia maklum pada Julai lalu, Ain Edruce secara rasminya telah menggantikan Nabila Huda sebagai pengacara Melodi.  Kemudian, Ain digandingkan pula dengan beberapa pengacara jemputan antaranya Izzue Islam, Sharnaaz Ahmad dan Shalma Aina.

Katanya, untuk episod baharu nanti seorang pengacara tetap baharu akan diperkenalkan bagi menerajui program tersebut. Siapa ya? Ada ura-ura mengatakan antara dua nama yang menjadi buah mulut orang ramai ialah Haziq Hussni dan Sean Lee.

DUA NAMA JADI BUAH MULUT ORANG RAMAI

Nama pengacara yang sedang meningkat naik, Haziq Hussni menjadi antara pilihan untuk mengacarakan Melodi. Jika melihat pengalamannya dalam bidang pengacaraan, tidak mampu lagi disangkal kebolehannya. Pernah menjadi hos bagi Anugerah Juara Lagu Ke-34, ini menunjukkan kredibiliti dan bakat beliau dalam bidang ini. Jika sebelum ini Haziq pernah menjadi juruhebah radio, semestinya Haziq tidak asing lagi dalam mengikuti dan melaporkan berita berkenaan industri hiburan.

Jika sebelum ini Sean Lee pernah mengacarakan Mbuzz, sudah semestinya beliau tidak kekok dalam mengacarakan rancangan hiburan seperti ini. Hadir dalam industri sebagai pelakon, Sean juga menerima pelbagai tawaran sebagai pengacara. Antara program yang dihoskan olehnya adalah I Can See Your Voice Malaysia dan Lazada Super Show. Mungkin dengan pengalaman yang diperoleh akan membawa nafas baru kepada Melodi.

Menjadi pengacara bagi sebuah rancangan hiburan yang telah bertahan selama lebih tiga dekad ini pastinya menjadi satu penghormatan dan tanggungjawab yang besar. Namun kita tidak dapat nafikan dengan adanya pengacara yang hebat ini mampu membuat penonton untuk kekal bersama Melodi.

Jadi siapa yang anda rasa akan digandingkan bersama Ain Edruce? Jangan lupa saksikan Melodi Ahad ini jam 12:30 tengah hari!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×