Percutian

Hari Landskap Negara 2024 Di Taman Tasik Shah Alam Hingga 2 Jun, Masuk Percuma!

15
SHARES
HARI LANDSKAP NEGARA 2024

Sambutan Hari Landskap Negara 2024 (HLN2024) dengan tema “Industri Landskap Pemacu Pembangunan Madani”. Ia diadakan bermula 24 Mei 2024 hingga 02 Jun 2024 bertempat di Taman Tasik Shah Alam, Selangor.

Sambutan Hari Landskap Negara 2024 ini dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada hari Sabtu, 25 Mei 2024.

Baca juga: Bila Naik Kapal Terbang Jangan Pakai Macam No.9, Boleh Kena Tahan!

HARI LANDSKAP NEGARA 2024 DI TAMAN TASIK SHAH ALAM

HARI LANDSKAP NEGARA 2024

Tema ini mengetengahkan kepentingan industri landskap yang meliputi sub-sektor pembinaan, perkhidmatan, pembuatan, pengeluaran bahan tanaman untuk eksport dan peruncitan landskap dalam menyediakan, mengekal dan memulihara persekitaran kehidupan yang inklusif terutamanya di kawasan perbandaran.

Pelbagai pameran, jualan, pertandingan, program serta aktiviti menarik disediakan kepada pemain industri landskap serta pengunjung yang hadir sepanjang sambutan berlangsung.

Kelipan lampu pada waktu malam sudah tentunya mampu membuatkan anda terpukau. Paling penting, masuk adalah percuma! Di HLN 2024, penggiat industri landskap dapat mempromosi dan memasarkan produk mereka.

Jadi, orang ramai untuk memeriahkan sambutan Hari Landskap Negara 2024 di Taman Tasik Shah Alam hingga 02 Jun ini bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

Manfaatkan cuti sekolah anak dengan membawa mereka ke sini.

Seronoknya!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Itinenari Penuh Percutian DIY Ke Korea Bersama Suami, Seronoknya!

Sumber: Facebook Jalan-Jalan Cuti Santai

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×