Rakyat

Harga Ubat Mungkin Naik, Kos Bekalan Meningkat- KJ

7
SHARES

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan harga ubat berkemungkinan akan meningkat kerana kenaikan kos bekalan dan kos bahan mentah untuk menghasilkan ubat. Ini kerana situasi ini sedang berlaku di peringkat antarabangsa dan berkemungkinan akan berlaku di negara ini.

Baca juga: Menteri Kesihatan Saran Individu Usia 50-59 Tahun Ambil Dos Penggalak Kedua

HARGA UBAT MUNGKIN NAIK, KOS BEKALAN MENINGKAT

Selain itu, antara faktor lain menentukan harga ubat adalah berkaitan paten dan masalah tersebut sedang ditangani oleh KKM. Tambah beliau juga, keadaan tersebut menyebabkan tiada ubat generik dapat dihasilkan dan akhirnya harga ubat berkenaan kekal tinggi, lapor Kosmo.

Bagi menangani masalah ini, KKM sedang memperincikan pelaksanaan kawalan harga ubat melalui mekanisme ketelusan harga ubat yang kini dalam penyediaan untuk kelulusan jemaah menteri.

“Saya mahu bawa satu dasar syarikat farmaseutikal mesti bentang kepada kerajaan apakah harga yang dijual atau harga dikenakan untuk ubat-ubat mereka.

“Kawalan harga pilihan terakhir kerana kerajaan tidak suka campur tangan dalam pasaran, tetapi jika perlu kita pernah lakukan sebagai contoh vaksin Covid-19,” jelasnya.

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×