Teknologi

Bentley Hasilkan 6-in-1 Stroller Yang Boleh Bertukar Jadi Basikal Roda Tiga

6.2K
SHARES

Nampaknya jenama kereta mewah Bentley kini beralih angin dengan menghasilkan ‘kereta’ bayi. Tapi, kereta sorong atau stroller bayi ini bukan biasa-biasa, ia direka khas dengan fungsi 6-dalam-1 yang membolehkannya bertukar fungsi bersesuaian dengan usia bayi anda.

Dengan kolaborasi Bentley Motors, hasil inovatif mereka ini mengkombinasikan gaya elegan serta fungsi yang sangat praktikal.

6 Fungsi Dalam Bentley Stroller / Tricycle

Ada 6 fungsi yang terdapat pada produk ini.

Dengan fungsi yang pelbagai, Bentley menyasarkan produk ini boleh digunakan oleh bayi seawal usia 6 bulan hingga 5 tahun. Semasa bayi boleh digunakan sebagai kereta sorong / stroller. Dan bila anak dah semakin besar, boleh guna jadi basikal roda tiga pula!

Ia boleh ditransformasi mengikut kesesuaian anda pada bila-bila masa, seperti dalam gambar di bawah.

Foto Kredit: pinterest.com

Ciri-ciri Keistimewaan

Antara ciri-ciri keistimewaan Bentley Stroller / Tricycle ini termasuklah:

A) Fungsi tayar bebas – membenarkan ibu bapa mengawal pergerakan dengan mudah

B) Kanopi boleh laras – sesuai untuk semua jenis cuaca

C)  Detachable seating guard – menambahkan keselesaan semasa duduk

D) Footrest – elakkan kaki ‘tergantung’

E) Tempat duduk ergonomik – boleh berpusing untuk keselesaan eye contact

F) Tayar angin – untuk perjalanan yang lebih lancar,  ia adalah replika yang digunakan oleh model kereta Bentley Continental GT Speed

G) Pedal anti-licin – mengelakkan kemalangan

H) Tetingkap – memudahkan ibu bapa memantau kedudukan bayi

I) Sayap roda – melindungi daripada kekotoran dan habuk

J) Brek belakang – membolehkan ia berhenti dengan selamat

K) Dukungan belakang boleh laras – untuk posisi berbeza

L) Tali pinggang keselamatan boleh laras

Lihat saja dalam video di bawah, ciri-ciri yang terdapat dalam stroller / tricycle Bentley benar-benar menjadikannya sebuah rekaan inovatif, unik, dan bergaya!

Harga Pasaran

Harga pasaran bagi stroller / tricycle Bentley ini adalah sekitar 450USD, iaitu kira-kira RM1770. Nak kata mahal, tidak jugalah sebab banyak stroller yang berkualiti juga didapati dengan range harga sedemikian contohnya Babyzen Yoyo.

Tapi yang menariknya, produk keluaran Bentley ini boleh dipakai lama sebab boleh bertukar menjadi basikal roda 3 apabila anak semakin besar. Kira berbaloilah kan?

Menarik Juga, Kan?

Macam mana? Menarik juga hasil kreativiti Bentley Motors ini, bukan? Dengan menjadikannya pelbagai fungsi, tentu ibu bapa akan rasa tertarik untuk mendapatkannya untuk kegunaan jangka masa panjang.

Oh ya, buat masa sekarang, produk ini telah dipasarkan di Amerika Syarikat, Eropah, Australia, dan New Zealand. Pasaran di Malaysia belum sampai lagi. Tapi mungkin boleh beli secara online.

Ia didatangkan dengan 4 pilihan warna menarik. Untuk keterangan lanjut, boleh layari https://bentleybabies.com/

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×