Teknologi

6 Stroller Lipat Paling Kompak & Ringan. Senang Bawa Travel

188
SHARES

Mesti ramai ibu bapa yang tercari-cari stroller yang kecil, ringan, dan mudah dilipat supaya mudah dibawa ke mana-mana. Di sini kami menyenaraikan 6 pilihan stroller kompak yang boleh dimiliki dengan mudah di pasaran Malaysia. Semoga senarai ini dapat membantu ibu bapa membuat pilihan terbaik untuk si kecil anda.

6 Stroller Lipat Paling Kompak & Ringan. Senang Bawa Travel

1. BabyZen Yoyo Plus 6+

BabyZen Yoyo adalah antara pilihan ibu bapa yang paling popular di Malaysia. Sesuai dengan harganya yang agak mahal berbanding lightweight stroller yang lain, ia memiliki kelebihan tersendiri kerana keselesaannya hampir sepadan dengan luxury stroller, tetapi dalam versi ringan! Selain itu, ia adalah antara satu-satunya stroller ringan yang mempunyai pemegang yang boleh dilaras untuk front facing atau outward facing.

Jadi, walaupun harganya agak mahal, namun ia amat berbaloi kerana binaannya yang kukuh, mudah dikawal, lasak, tetapi cukup ringan dan kecil apabila dilipat – sesuai untuk kegunaan harian mahupun ketika travel. Tempat duduknya agak luas (25cm) berbanding stroller ringan biasa membolehkan stroller ini digunakan dengan selesa hinggalah anak mencecah usia sekitar 4 tahun. babyzen Yoyo Plus Board adalah antara aksesori menarik yang boleh digunakan untuk anak yang lebih berusia.

  • Untuk bayi 6 bulan ke atas *(Boleh attach dengan infant car seat jika digunakan untuk newborn)
  • Maksima muatan 18kg
  • Dimensi (52cm x 44cm x 18 cm) apabila dilipat – boleh diletakkan pada overhead compartment dalam kapal terbang
  • Berat stroller 6.2 kg
  • Boleh dilaraskan sehingga 145 darjah
  • Pemegang boleh dilaraskan untuk front facing atau outward facing
  • Kanopi perlindungan matahari dengan UPF+50
  • Harga Pasaran: RM2499

Foto Kredit: pinterest.com

2. GB Pockit Plus

Tersenarai dalam 2014 Guinness World Records™ sebagai stroller paling kompak, inovasi ini mendapat perhatian ramai kerana saiznya yang amat kecil dan sangat ringan. Mengikut review pengguna, stroller ini memang sangat sesuai untuk mereka yang kerap travel kerana ia sangat mudah dibawa dan senang dilipat.

Jika dibandingkan dengan kesemua stroller ringan dalam senarai kami ini, GB Pockit adalah yang paling murah harganya. Ia juga paling kecil dan boleh dibawa dengan mudah menggunakan kebanyakan beg yang kita ada. Beg khas ada dijual secara berasingan.

Walaubagaimanapun, stroller ini mempunyai pelindung matahari yang agak kecil berbanding pencabar-pencabarnya. Rekabentuk pemegangnya yang kecil pada setiap belah dan tidak bersambung mungkin agak menyukarkan jika anda mahu menolaknya dengan sebelah tangan. Sesuai dengan harganya, ia amat berbaloi bagi penggunaan kasual. Tetapi, mungkin kurang sesuai bagi mereka yang menggunakan stroller secara lasak setiap hari. Seperkara lagi, ia mempunyai ruang simpanan yang agak terhad.

  • Untuk bayi 6 bulan ke atas *(Boleh attach dengan infant car seat jika digunakan untuk newborn)
  • Maksima muatan 17 kg
  • Dimensi (30cm x 18cm x 35cm) apabila dilipat – boleh diletakkan pada overhead compartment dalam kapal terbang
  • Berat stroller 4.9 kg
  • Boleh dilaraskan
  • Harga Pasaran: RM1099

 

Foto Kredit: imgrum.com

3. Recaro Easylife

Dengan harga yang amat berpatutan, Recaro Easylife boleh dianggap sebagai pilihan yang baik bagi keluarga yang inginkan kesemua ciri lightweight stroller yang kukuh dan selesa.

Recaro Easylife mudah dilipat dengan sebelah tangan, dan ia mempunyai pemegang bersambung yang memudahkannya ditolak dengan sebelah tangan. Berbanding GP Pockit, pengawalannya nampak lebih mudah disebabkan ciri ini.

  • Untuk bayi 6 bulan ke atas *(Boleh attach dengan infant car seat jika digunakan untuk newborn)
  • Maksima muatan 15kg
  • Dimensi (59cm x 48cm x 26cm) apabila dilipat
  • Tempat duduk boleh dilaraskan (multi recline)
  • Beg penyimpanan dijual berasingan
  • Berat stroller 5.7 kg
  • Harga Pasaran: RM1299

4. Mountain Buggy Nano

Mountain Buggy Nano boleh dianggap sebagai pencabar terdekat Babyzen Yoyo+, di mana ia memiliki beberapa ciri yang serupa. Dengan harga yang lebih murah, Mountain Buggy Nano juga memiliki kanopi perlindungan matahari yang besar serta tempat menyimpan barang yang luas.

Menariknya, Mountain Buggy Nano dilengkapi dengan universal adapter yang menjadikannya compatible apabila diattach dengan apa-apa jenama car seat. Selain itu, ada juga freerider stroller board, iaitu skuter kanak-kanak yang boleh dijadikan aksesori tambahan bagi membolehkan anak anda yang lebih besar untuk menaikinya bersama bayi.

  • Untuk bayi 6 bulan ke atas *(Boleh attach dengan infant car seat jika digunakan untuk newborn)
  • Maksima muatan 18kg
  • Dimensi (51cm x 30cm x 54cm) apabila dilipat – boleh diletakkan pada overhead compartment dalam kapal terbang
  • Berat stroller 5.9 kg
  • Boleh dilaraskan sehingga 180 darjah jika digunakan dengan Mountain Baby Cocoon
  • Kanopi perlindungan matahari dengan UPF+50
  • Harga Pasaran: RM1700

Foto Kredit: mountainbuggy.com

stroller ringan

5. Baby Jogger City Tour

The Baby Jogger City Tour adalah satu lagi stroller lightweight yang amat praktikal. Dengan berat 6.4kg, ia juga boleh dilipat dengan sebelah tangan sambil mendukung bayi. Seperti GB Pockit, stroller ini turut didatangkan dengan backpack untuk memudahkan ibu bapa menyimpan dan membawanya ke mana-mana.

Seperti Babyzen Yoyo, Baby Jogger City Tour dilengkapi dengan penghadang matahari yang besar, sesuai dengan cuaca panas di Malaysia. Hood ini turut dilengkapi dengan UPF50+ untuk melindungi bayi daripada sinaran matahari. Saiznya apabila dilipat juga tidak banyak beza dengan Babyzen Yoyo, tetapi masih boleh dimuatkan dalam overhead compartment kapal terbang.

  • Untuk bayi 6 bulan ke atas
  • Maksima muatan 17 kg
  • Dimensi (45.5 x 23 x 57cm) apabila dilipat – boleh diletakkan pada overhead compartment dalam kapal terbang
  • Berat stroller 6.4 kg
  • Tempat duduk boleh dilaraskan (multi recline)
  • Kanopi perlindungan matahari dengan UPF+50
  • Harga Pasaran: RM1300

 

6. Quinny Yezz

Akhir sekali, bagi yang ingin rekabentuk yang agak berbeza, bolehlah cuba menggunakan Quinny Yezz. Quinny adalah antara jenama yang paling terkenal di kalangan ibu-ibu di Malaysia. Stroller ringan ini ideal digunakan untuk berjalan di sekitar bandar, malah ia sangat mudah dimuatkan di dalam tren atau bas. Uniknya, tempat duduknya yang direka seperti buaian (hammock). Tetapi, satu kekurangannya adalah tempat duduknya tidak boleh dilaraskan. Maka, ia kelihatan lebih sesuai bagi anak yang berusia 10-12 bulan ke atas.

Apabila dilipat, Quinny Yezz boleh digalas seperti beg kerana ia dilengkapi dengan shoulder strap yang amat selesa dan mudah dibawa ke mana-mana dengan beratnya yang hanya 5kg. Berbeza dengan 5 stroller yang dinyatakan di atas, stroller ini dilipat memanjang (seperti stroller lipat payung). Cuma apa yang berbeza dengan stroller lipat payung yang biasa, Quinny Yezz boleh didirikan secara stand-alone tanpa perlu disandarkan pada dinding.

  • Untuk bayi 6 bulan ke atas
  • Maksima muatan 17 kg
  • Dimensi (23.5cm x 68cm x 27cm) apabila dilipat
  • Berat stroller 5 kg
  • Fabrik yang kalis air
  • Tempat duduk tidak boleh dilaraskan
  • Harga Pasaran: RM1699

Foto Kredit: babygearlab.com

Foto Kredit: fatherly.com

Yang Mana Pilihan Anda?

Begitulah sedikit sebanyak ulasan yang kami himpunkan. Kalau nak pergi bercuti, memang praktikal membawa stroller jenis ini. Berbeza dengan stroller lipat payung yang biasa dan lebih murah, keenam-enam stroller yang disenaraikan ini lebih stabil dan turut sesuai untuk kegunaan harian.

Kesemua stroller ringan ini ternyata amat berbaloi untuk dimiliki dan boleh didapati di pasaran Malaysia.

Jadi, pilih saja yang mana berkenan di hati!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×