Sihat

7 Perkara Tentang Implan Perancang Keluarga Yang Suami Pun Kena Ambil Tahu

1.5K
SHARES

“Wah, bagus juga pakai implan perancang keluarga ni. Boleh tahan sampai 2 tahun. Tapi sakit tak nak pakai ni? Ada kesan sampingan ke?”

Kaedah perancang keluarga jenis implan atau implanon ini semakin popular dan mendapat tempat di kalangan wanita kerana ia adalah antara kaedah menjarakkan kehamilan yang paling berkesan.

Namun mungkin masih ramai yang ‘takut’ dan kurang tahu tentangnya.

Mesti macam-macam persoalan yang bermain di kepala bila pertama kali mempertimbangkan sama ada mahu mencuba kaedah implan untuk menjarakkan kehamilan.

Malah, bukan isteri saja tetapi suami pun kena tahu supaya mereka lebih memahami apa yang perlu dilalui oleh isteri.

Berikut adalah beberapa perkara tentang implan perancang keluarga.

7 Perkara Tentang Implan Perancang Keluarga Yang Suami Pun Kena Ambil Tahu

1. Apakah Implan Perancang Keluarga

Implan atau implanon ni sebenarnya sejenis rod kecil yang bersaiz lebih kurang batang mancis.

Rod kecil ini akan dipasang di bawah lapisan kulit (subdermal) di bahagian lengan wanita.

Ia merupakan kaedah mencegah kehamilan yang sangat berkesan dengan kurang daripada 1% kegagalan.

Harga implan perancang keluarga

2. Bagaimana Implan Berfungsi

Macam mana rod ni berfungsi mencegah kehamilan pulak?

Haa… Rod implan ni mengandungi hormon sintetik progestin iaitu menyerupai hormon semulajadi progestrogen dalam badan wanita.

Bila rod ini dimasukkan di bawah lapisan kulit, ia akan mengeluarkan hormon progestin secara perlahan-lahan di dalam badan pada paras yang tetap selagi ia tertanam pada lengan wanita.

Hormon yang dikeluarkan ini bertindak untuk mencegah ovulasi dan menjadikan lendir serviks lebih pekat. Maka sekaligus, kesan ini akan menyukarkan pergerakan sperma dan menghalang berlakunya persenyawaan.

Jika ia dimasukkan pada waktu yang sesuai mengikut kitaran kesuburan wanita, kesan kontraseptif dapat berfungsi dengan segera.

Cara pemasangan implanon

Foto Kredit: time.com

 

3. Cara Pemasangan Implan

Kalau tengok gambar mungkin akan rasa ngeri. Tapi jangan khuatir sebab prosedur ini hanya mengambil masa beberapa minit saja.

Cara ia dipasang ke dalam lengan adalah dengan menyuntik anestetik (ubat bius) pada kulit di bahagian lengan terlebih dahulu. Jadi tak akan rasa sakit apa-apa bila nak masukkan implan ni sebenarnya.

Sejenis alat seperti jarum digunakan untuk memasukkan rod implan di bawah lapisan kulit.

Sekejap je siap!

Anyway, jangan lupa jaga kesan luka supaya kering dan bersih supaya tak berlakunya sebarang komplikasi. Ini kerana jangkitan kuman boleh berlaku selepas proses pemasangan pada bahagian insertion spot.

4. Kelebihan Menggunakan Kaedah Implan

Ada beberapa kelebihan implan berbanding kaedah merancang kehamilan yang lain seperti suntikan dan pil perancang.

Antaranya:

i) Keberkesanan yang sangat tinggi iaitu melebihi 99%.

ii) Tidak mengganggu penghasilan susu ibu

iii) Boleh bertahan hingga 3 tahun bagi sekali pemasangan. Tak payah suntik 3 bulan sekali atau makan pil perancang setiap hari lagi.

iv) Dapat kembali subur dengan cepat berbanding suntikan yang mengambil masa untuk mengembalikan hormon ke paras normal.

Implan adalah antara kaedah yang paling efektif untuk mencegah kehamilan

5. Risiko / Kesan Sampingan

Sebenarnya setiap kaedah yang dipilih tentu akan ada sedikit kesannya bagi wanita. Namun biasanya kesan ini adalah sementara dan akan hilang dengan sendirinya setelah tubuh beradaptasi dengan perubahan hormon.

Kaedah implan mungkin kurang sesuai bagi wanita yang mempunyai ciri di bawah:

  • Wanita yang merokok.
  • Wanita yang mempunyai latar belakang penyakit darah thrombosis.
  • Wanita yang mempunyai kanser payudara.
  • Wanita yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

Kesan sampingan implan secara spesifik pula bergantung pada individu. Ada yang mengalaminya dan ada yang tak rasa apa-apa pun lepas pakai tu.

Umumnya, simptom kesan sampingan yang biasa dihadapi setelah menggunakan kaedah ini adalah:

  • Kitaran haid yang tidak tetap
  • Haid yang terlalus sedikit / banyak
  • Kenaikan / penurunan berat badan
  • Mood swing (perubahan emosi)
  • Jerawat
  • Sakit perut / loya

Selepas 3 bulan pemasangan biasanya akan ada temujanji dengan doktor untuk pantau kesan sampingan dan check kesesuaian pemakaian implan.

6. Harga Pemasangan Implan

Harga implan ni tak murah. Bahkan, ia boleh dikatakan kaedah perancang yang paling mahal berbanding kaedah lain.

Tapi lalau nak ikutkan cukup sesuailah dengan cirinya yang hassle-free, mudah, cepat dan dapat tahan sampai 3 tahun. Kerana ini ramai wanita merasakan ia berbaloi dan berpuas hati menggunakannya.

Harga implan di klinik LPPKN adalah RM500 untuk pemasangan dan RM100 untuk menanggalkannya.

Sesetengah Klinik Kesihatan mungkin tak menawarkan kaedah implan, tapi katanya boleh minta mereka refer kita ke hospital kerajaan atau hospital separa kerajaan seperti HUKM untuk harga yang murah.

Manakala di klinik swasta mungkin harganya lebih tinggi sedikit, iaitu sekitar RM600.

7. Cara Mengeluarkan Implan

Implan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sekiranya anda telah bersedia untuk hamil semula atau ingin mencuba kaedah lain untuk menjarakkan kehamilan.

Seperti mana ia dipasang, ketika dikeluarkan nanti anda juga akan mendapat suntikan bius terlebih dahulu.

Kemudian torehan kecil akan dibuat pada bahagian lengan yang ditanam implan.

Selepas itu implan akan dikeluarkan dengan berhati-hati.

Hanya doktor berpengalaman dibenarkan melakukan prosedur memasang dan mengeluarkan impla  bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik serta mengurangkan risiko jangkitan pada bahagian yang dimasukkan.

Para Suami Pun Kena Ambil Tahu Ya!

Pemilihan kaedah bergantung kepada keadaan individu. Ia perlu mengambil kira faktor umur, masalah perubatan, penyusuan ibu, pengambilan ubat-ubatan dan lain-lain.

Walaupun implan ni agak mahal, tapi ramai yang kata ia memang berbaloi sebab mudah, tahan lama dan berkesan.

Walaubagaiamanapun, jangan lupa dapatkan nasihat mengenai kaedah kontraseptif yang paling sesuai dengan anda daripada doktor atau petugas kesihatan.

Maklumat Lanjut

Berikut kami lampirkan sedikit maklumat lanjut daripada LPPKN berkenaan pemasangan implan untuk rujukan anda.

Harga implan perancang

Harga implanon

Implan perancang

Semoga maklumat ini dapat membantu anda membuat pilihan dan memberi bermanfaat untuk anda semua.

Seeloknya, Encik Suami pun kena ambil tahu juga pasal kaedah perancang ini supaya sama-sama dapat faham kesan serta implikasinya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×