Famili

“Tunggulah Besar..”-Bahaya Hias Bayi Dengan Barang Kemas, Risiko Calar Muka & Kena Culik!

102
SHARES
harga emas

Sudah pasti ramai dalam kalangan ibu-ibu yang mempunyai bayi perempuan kadangkala teringin memakaikan barang kemas sebagai hiasan untuk mereka. Pantang sahaja ada jualan emas murah, pasti akan beli gelang atau rantai untuk anak-anak yang masih kecil.

Bagaimanapun, adalah dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian kerana tindakan itu sebenarnya mengundang risiko bahaya kepada bayi anda. Apa yang bahayanya?

Baca juga: Sebelum Hantar Borang Nikah, Ini 9 Perkara Anda Kena Settlekan Dulu!

BAHAYA HIAS BAYI DENGAN BARANG KEMAS RISIKO CALAR MUKA

Menurut perkongsian Facebook Public Health Malaysia, barang kemas seperti gelang boleh mengundang risiko tercalar muka dan bahagian badan yang lain.

Katanya, bayi juga suka memasukkan ke mulut, menggigit seterusnya menyebabkan risiko mereka tercekik. Risau!

Memakaikan rantai kaki kepada bayi menyebabkan risiko ia hilang dan tercicir, malah pemakaian terlalu ketat boleh mengganggu tumbesaran dan menjerut pergelangan kaki.

“Begitu juga subang yang boleh mendatangkan risiko tertarik dan mencederakan telinga. Bertindik juga menyakitkan serta ada risiko jangkitan..

Dalam masa sama, pemakaian rantai kepada bayi pula boleh merisikokan mereka tercekik buah rantai, bahkan ia boleh menyebabkan terjerut dan terbelit pada leher bayi semasa tidur.

“Anak-anak sudah comel tanpa barang kemas yang boleh menyebabkan risiko kepada mereka. Tunggulah mereka lebih besar sebelum dihiaskan dengan aksesori berisiko…”

“RISIKO KENA CULIK”

Sudah pasti ramai dalam kalangan netizen yang turut hadir menyuarakan pendapat. Ada juga yang mengatakan bahawa memakai barang kemas ini mengundang risiko anak-anak mudah diculik. Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan mak ayah yang ingin menegur perbuatan ini namun risau dilabel cemburu.

Sumber: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×