Famili

Harap Suami Faham, Ini 5 Sebab Kenapa Isteri Cepat Terlelap Dalam Kereta

1.7K
SHARES

Baru-baru ini viral sebuah kompilasi lebih 20 foto selfie yang ditangkap oleh seorang suami menunjukkan isterinya yang asyik terlelap ketika dia memandu.

Posting seorang lelaki yang dikenali sebagai MrMagoo21 melalui Reddit itu menerima pelbagai reaksi orang ramai, di mana kebanyakannya berasa terhibur dan bagi wanita pula ia seolah-olah ‘terkena batang hidung sendiri’.

Sebenarnya, situasi ini bukanlah sesuatu yang pelik sangat kan? Bagi yang bergelar isteri dan ibu, mesti anda juga merasakan yang tidur dalam kereta sewaktu perjalanan adalah ‘peluang’ yang tak harus disia-siakan.

Jadi Encik Suami di luar sana, ini antara sebab isteri cepat terlelap dalam kereta.

5 Sebab Kenapa Isteri Cepat Terlelap Dalam Kereta

1. Dah Penat Siapkan Anak-anak

Salah satu alasan paling mudah kenapa isteri mudah terlelap dalam ialah sebab dia PENAT. Yalah, mungkin ramai tak perasan yang si isteri dah berhempas-pulas siapkan anak-anak dan segala keperluan sebelum mulakan perjalanan. Kalau anda suami yang jenis menolong tu, tahniahlah. Sebab ada yang jenis terus start enjin dan tunggu dalam kereta.

Jadinya si isterilah yang terkontang-kanting packing barang anak-anak, cari itu ini, check balik tengok ada ke tak. Daripada makanan, pakaian, kelengkapan mandi, mainan, dan segala macam keperluan, semuanya dah disenaraikan setiap kali travel.

Bukan setakat barang, si isteri juga yang akan mandikan anak-anak, basuh kencing berak, sediakan makan, pastikan anak-anak semua selesa sebelum berangkat. Fuh, ingat tak penat ke buat semua ni?

kesan stres

Foto Kredit: vix.com

2. Susah Nak Dapat ‘Ketenangan’ Di Rumah

Ada sebab kenapa isteri lebih mudah tidur di dalam kereta berbanding di rumah atau bilik tidur. Mungkin ada yang hairan kenapalah dekat rumah bukan main klentang klentung buat kerja itu ini dan payah nak nampak isteri tidur, tapi bila masuk kereta sekejap je terlelap!

Sebabnya bukan mudah bila di rumah hampir 24 jam dikelilingi anak-anak yang sentiasa mahukan perhatian. Nanti seorang tidur, seorang lagi nak makan. Seorang ajak main, seorang lagi nak menyusu.

Bukan kata anak-anak saja yang banyak ragam, suami pun sama juga kan? Jadi, waktu dalam perjalanan jauh inilah peluang ibu untuk lelapkan mata sekejap sementara si ayah ada untuk kawal keadaan di belakang.

3. Banyak Hutang Tidur

Bila dah jadi mak-mak tu biasalah kena ‘catu tidur’. Rasanya sejak ada first baby lagi, tidur seorang ibu tak akan pernah cukup atau setara seperti zaman bujangnya.

Situasi ini dinamakan sleep debt iaitu badan akan berehat bila berkesempatan untuk mengganti tidur yang tidak cukup. Ia juga bergantung kepada keperluan dan jangka masa tidur seseorang.

Bila ada peluang, isteri pun nak jugalah ‘melunaskan’ hutang tidur masing-masing.

tak cukup tidur

Foto Kredit: drchristinahibbert.com

4. Lebih Selesa Bila Anak-anak Tidur Serentak

Disebabkan keadaan dalam kereta yang selesa, nak-nak lagi kalau anak-anak semua pun tidur dekat belakang tu sebagai penumpang kita tak dapat nak buat macam-macam aktiviti, hanya sekadar berbual atau merenung ke luar tingkap.

Kalau berbual dengan suami, kadang-kadang tu dikatanya kita membebel, ganggu dia memandu. So, kita pun malas nak cakap banyak kan. Bila keadaan badan pasif, badan pun bagilah signal ‘baik punya’. 2-3 saat kemudian, terus terlelap!

Secara saintifik pun, ada sejenis keadaan yang berlaku apabila dalam perjalanan yang digelar ‘highway hypnosis’ di mana ia juga boleh menimpa sesiapa saja termasuklah pemandu.

5. Nak Sediakan Mental & Fizikal

Masa anak-anak tidur adalah masa yang penting sebenarnya untuk isteri ‘recharge’.

Bayangkan, sekejap lagi anak-anak kecil tu semua akan menjadi cergas secergasnya bila dah sampai ke destinasi. Maknya kenalah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi karenah anak-anak sekejap lagi.

Ada yang nak makan, nak susu, nak tukar baju, nak cari mainan dan macam-macam lagilah. Anda rasa isteri ada masa untuk sakit kepala?

Jadi, isteri kenalah dapat cukup rehat supaya dia boleh uruskan semua urusan ini sambil tersenyum…

Bagilah Peluang Isteri Rehatkan Badan

Sesekali tu tak salah kan bagi isteri waktu untuk rehat. Kalau nak dia berjaga dan berbual, buatlah surprise sikit dan belikan snek atau coklat kegemaran dia. Takpun, pasanglah lagu kegemaran dia. Barulah seronok sikit isteri nak temankan suami driving dekat sebelah!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×