Hebahan

HappyFresh – Tesco Malaysia Umum Usahasama Atas Talian

HappyFresh, platform pembelian barangan runcit atas talian yang pertama dan paling pantas berkembang di Asia Tenggara, dan Tesco Malaysia, peneraju pasaraya besar di negara ini telah mengumumkan usahasama terkininya dengan tujuan untuk memperkembangkan perkhidmatan penghantaran belian barangan runcit atas taliannya sepantas satu jam sahaja kepada lebih ramai pengguna yang kesuntukan masa di Lembah Klang.

Usahasama dengan HappyFresh ini telah menjalani fasa percubaan di lima buah setor sejak enam bulan lalu telah memberikan para pelanggan pilihan alternatif untuk membeli barangan runcit melalui rangkaian produk yang luas serta lebih nilai wang di Tesco Malaysia termasuk barangan segar, barangan sejuk beku dan barangan am yang lain.

hf-x-tesco_image-g

Para pembeli atas talian yang sentiasa sibuk menguruskan kerja dan keluarga akan dapat menikmati manfaatnya kerana kini mereka boleh membeli-belah di HappyFresh dengan hanya beberapa klik dan menerima produk-produk tersebut berdasarkan slot masa atau lokasi pilihan mereka. Usahasama ini juga membolehkan mereka untuk memilih barangan daripada lebih 12,000 jenis produk dari barangan makanan ke bukan makanan yang dijual di pasaraya besar Tesco Malaysia yang paling dekat dengan lokasi mereka termasuk produk jenama Tesco.

“Usahasama dengan Tesco Malaysia membolehkan HappyFresh mara satu langkah lagi ke hadapan untuk mencapai misi menggembirakan lebih ramai pelanggan dengan teknologinya untuk membuat pilihan makanan yang lebih baik dan membantu mereka dengan perkhidmatan penghantaran sepantas satu jam kami yang lancar. Dalam dunia yang sedang melalui revolusi teknologi ini, kami yakin usahasama dengan Tesco Malaysia ini akan menyokong visi utama kami iaitu menawarkan penyelesaian yang mudah, lancar dan boleh dipercayai kepada para profesional di bandar di mana mereka boleh menggunakan platform kami untuk mendapatkan barangan kegemaran mereka yang paling segar dari pasaraya besar ini yang boleh dihantar ke mana sahaja mereka mahukannya, sementara mereka menguruskan aspek-aspek lain di dalam kehidupan mereka,” jelas Opal Wu, Pengarah Urusan HappyFresh Malaysia.

hf-x-tesco_image-b

Malaysia kini bersedia untuk menghadapi gelombang ekonomi digital dan saiz pasaran e-dagang tempatan telah meningkat sebanyak 31% dalam kadar pertumbuhan tahunan kompaun sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pasaran e-dagang perniagaan-ke-pelanggan dijangka berkembang ke US$3.4 bilion (RM15.13 bilion) menjelang tahun 2020. Berdasarkan maklumat-maklumat ini, terbukti banyak peluang untuk HappyFresh dan Tesco Malaysia untuk membantu industri belian barangan runcit atas talian berkembang pada tahun-mendatang untuk memberikan lebih kemudahan dalam kehidupan, terutamanya kepada para pengguna yang kerap membeli barangan runcit, namun sering kesuntukan masa.

Berucap di upacara tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Paul Ritchie berkata, “Sebagai peneraju pasaraya besar di Malaysia, kami berusaha bersungguh-sungguh untuk menggembirakan para pelanggan sama ada di kedai atau di atas talian. Kami menggunakan maklum balas dari para pelanggan untuk menjadikan pengalaman membeli-belah mereka lebih mudah, bagus dan cepat. Dengan meluaskan capaian pelbagai saluran kami melalui HappyFresh, kami dapat menjadikan pengalaman membeli-belah atas talian untuk para pelanggan kami lebih lancar dan menyeronokkan disamping memenuhi kehendak mereka.”

hf-x-tesco_image-c

Sejak bermulanya usahasama dengan Tesco Malaysia, lebih daripada 2,500 pengguna telah menerima pesanan mereka dari pasaraya besar tersebut yang dihantar melalui HappyFresh. Pengguna yang memesan barangan runcit melalui aplikasi ini bukan sahaja menerima penghantaran tersebut sepantas satu jam dalam keadaan paling segar dari pasaraya pilihan mereka, barangan tersebut juga dipilih sendiri oleh pembeli peribadi terlatih HappyFresh untuk memastikan pengguna mendapat barangan runcit yang paling berkualiti dari barangan kering, sejuk beku hinggalah produk-produk kegunaan harian rumah.

Mula jimatkan masa dan lakukan perkara-perkara yang anda sukai dan biar HappyFresh menguruskan pembelian barangan runcit anda melalui laman web rasmi atau aplikasi mudah alih dengan memuat turunnya melalui Google Play Store dan Apple App Store.

hf-x-tesco_image-e

 

MENGENAI HAPPYFRESH

HappyFresh adalah sebuah syarikat e-dagang makanan yang pantas berkembang di Asia Tenggara. Ia membolehkan para pengguna memesan pelbagai barangan runcit yang berkualiti tinggi dan segar dari pasaraya-pasaraya kegemaran mereka melalui sebuah aplikasi mudah alih dan menerima produk-produk tersebut yang dihantar ke depan pintu rumah mereka sepantas satu jam sahaja.

Dibangunkan dari minat yang mendalam terhadap makanan segar dan keinginan untuk membolehkan para profesional di bandar meluangkan lebih masa bersama keluarga dan rakan-rakan di dapur, berbanding beratur di pasaraya atau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, misi syarikat ini adalah untuk menggembirakan para pengguna dengan teknologi yang membolehkan mereka membuat pilihan makanan yang lebih baik, dan dibantu oleh penghantaran yang lancar.

HappyFresh ditubuhkan pada Oktober 2014. Perkhidmatan tersebut mula ditawarkan berdasarkan jemputan sahaja pada Februari 2015 dan dibuka kepada umum pada Mac 2015.

HappyFresh (happyfresh.com) boleh didapati di Kuala Lumpur dan Jakarta melalui Google Play Store dan Apple App Store.

 

TENTANG TESCO STORES (MALAYSIA) SDN BHD

Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama di antara Tesco PLC dan Sime Darby Berhad. Tesco PLC adalah salah satu peruncit antarabangsa yang terbesar di dunia yang beroperasi di 12 buah negara, dengan lebih 500,000 tenaga kerja yang berkhidmat untuk jutaan pelanggan setiap minggu. Di mana sahaja Tesco beroperasi di seluruh dunia, Tesco percaya dalam memberi pelanggan tempatan apa yang mereka perlukan dan mewujudkan nilai disamping mendapatkan kesetiaan mereka.

Tesco Malaysia telah ditubuhkan pada bulan Mei 2002 dengan pembukaan pasaraya besar pertama di Puchong, Selangor. Hari ini Tesco Malaysia terus mencapai kejayaan dalam perkara yang paling penting kepada pelanggan Malaysia dari segi servis yang baik, rangkaian produk berkualiti yang luas dan persekitaran stor yang selesa. Tesco Malaysia mempunyai lebih 8,000 kakitangan dan 56 buah pasaraya di sekitar Semenanjung Malaysia. Pada tahun 2013, Tesco telah mengorak langkah baru dengan pelancaran servis belian atas talian dengan menawarkan keselesaan membeli-belah kepada pelanggan di Lembah Klang, Seremban, Pulau Pinang dan Johor Bharu. Tesco juga terus melancarkan kerjasama dengan pelbagai saluran seperti Lazada dan HappyFresh bagi meluaskan capaian kepada lebih ramai pelanggan di seluruh Negara.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×