Riadah/Relax

Hanya RM8 untuk 1 Permainan! Jom Meriahkan Pra-Pembukaan FunPark Pada 9 Disember 2023 Ini!

676
SHARES

Dah lama min tunggu-tunggu pembukaan FunPark di Gamuda Luge Gardens ni.

Bukan apa, lokasinya yang terletak di Sungai Buloh North cukup dekat dengan rumah min. Memudahkan min nak bawa anak-anak untuk hiburkan mereka.

Min yakin korang pun mesti excited dengan pra-pembukaan FunPark ni betul tak? Apatah lagi bila dengar harga permainan yang ditawarkan sangat-sangat mesra poket (terhad kepada permainan yang dibuka sempena pra-pelancaran)

FunPark sebahagian daripada Gamuda Luge Gardens.

FunPark

Bagi anda yang belum tahu, FunPark merupakan salah 1 daripada 4 komponen riadah yang ditawarkan di kawasan Gamuda Gardens.

Dekat FunPark ni ada banyak permainan menarik untuk semua peringkat umur especially kanak-kanak. Bolehlah kita satu keluarga luangkan masa berkualiti dengan insan tersayang.

Antara permainan yang anda boleh main sempena pra-pembukaan yang bakal berlangsung bermula 9 Disember 2023 ini termasuklah;

1. Jellycup Twist

FunPark

Jellycup Twist merupakan salah satu permainan yang anda kena cuba. Sesuai dinaiki bersama anak-anak, permainan ini merupakan salah satu permainan yang mesra keluarga. So, semua boleh berseronok

2. Jumpshot

FunPark

Jika anak anda seorang yang aktif dan gemarkan cabaran, Jumpshot mungkin akan jadi salah satu permainan yang mereka teruja nak cuba.

Permainan yang melibatkan 6 kanak-kanak pada satu sesi ini, cukup mendebarkan kerana mereka akan diangkat setinggi 7 meter sebelum dijatuhkan. Ini pasti akan memberikan pengalaman yang mengujakan untuk mereka.

3. Fruity Frenzy

FunPark

Bertemakan buah-buahan, Fruity Frenzy ini memberi pengalaman untuk berpusing 360 darjah sambil berbuai pada kelajuan yang cukup menyeronokkan.

Ini salah satu permainan yang comel dan menarik untuk diteroka oleh si manja anda.

4. Carousel

FunPark

Tak lengkap la taman tema tanpa Carousel, betul tak?

Tunggang kuda bersama anak-anak ke alam yang berbeza di FunPark. Comel-comel kuda Carousel. Memang cantik kalau ambil gambar. Nanti gambar tu bolehlah dijadikan kenangan.

Sebelum min terlupa, caj yang dikenakan bagi setiap 1 permainan cuma RM8. Sangat berbaloi!

Kalau anda mahukan lebih penjimatan, anda boleh ambil pakej kombo seperti di bawah.

FunPark

Tempat lain even dekat karnival pun belum tentu anda boleh dapat harga ni tau.  Jadi, pastikan anda lock date bersama ahli keluarga dan sahabat-handai anda dan kunjungi FunPark bermula 9 Disember ini.

Waktu operasi FunPark adalah seperti berikut:

  • Isnin, Selasa & Khamis: 12 tengah hari – 9 malam
  • Jumaat, Sabtu & Ahad, Cuti sekolah & Cuti Umum: 10 pagi – 10 malam.
  • Rabu: Funpark ditutup/Cuti

Boleh juga singgah di Big Bucket Splash.

Ops… sebelum min terlupa, alang-alang anda dah berkunjung ke FunPark, jangan lupa untuk singgah ke Big Bucket Splash.

Di taman air ni ada 4 gelongsor air, kolam mandi kanak-kanak, pistol air dan rain bucket. 

Lepas tu, banyak hiasan watak-watak haiwan yang ada disekeliling taman air. Cute sangat! Anak-anak anda mesti suka.

Bukan itu sahaja, menjelang pembukaan pra-pelancaran, pelbagai restoran makanan bakal beroperasi  di FunPark seperti A&W, Jihun Korean Fried Chicken, IIao IIao dan banyak lagi. Bolehlah anda beriadah sambil makan-makan dengan keluarga.

Apa yang pasti, kalau anda dan keluarga nak beriadah dan berseronok tanpa perlu travel Jauh-jauh, FunPark dan Big Bucket Splash adalah antara tempat beriadah yang tak akan mengecewakan di Gamuda Luge Gardens. Min gerenti!

Harga masuk dan waktu operasi Big Bucket Splash adalah seperti berikut:

  • Dewasa: RM20 (sesi 3 jam)
  • Kanak-kanak: RM40 (sesi 3 jam)
  • Kombo FunPark + Big Bucket Splash: RM85 (1 kanak-kanak, 1 dewasa dan akses 5 tarikan Pay- Per-Ride di FunPark)

Waktu operasi:

Isnin, Selasa, Khamis, Jumaat:

  • Sesi 1: 12 tengah hari – 3 petang
  • Sesi 2: 3.30 petang – 6.30 petang
  • Sesi 3: 7.00 malam -10 malam

Sabtu & Ahad, Cuti sekolah & Cuti Umum:

  • Sesi 1: 8.30 pagi – 11.30 pagi
  • Sesi 2: 12 tengah hari – 3.00 petang
  • Sesi 3: 3.30 petang – 6.30 petang
  • Sesi 4: 7.00 malam -10 malam

Rabu: Cuti/tutup

Nak lihat pemandangan sekitar bersama keluarga? Anda juga boleh naik Skyline Luge, Kuala Lumpur.

Mereka ada pakej menarik untuk anda.

Pakej Fun Combo: Pra-pembukaan

  • Fun Combo A: RM60 (2 permainan FunPark + 2 permainan Skyline Luge dan Skyride)
  • Fun Combo B: RM85 (5 permainan FunPark + 3 permainan Skyline Luge dan Skyride)
  • Fun Combo C: RM95 (5 permainan FunPark + 4 permainan Skyline Luge dan Skyride)
  • Fun Combo D: RM105 (5 permainan FunPark + 5 permainan Skyline Luge dan Skyride)

FunPark tawar lebih banyak permainan & pelbagai pilihan makanan menjelang grand opening!

Tidak hanya terhad kepada 4 permainan di atas, menjelang grand opening sekitar Januari atau Februari tahun depan ada lebih banyak permainan dan aktiviti yang bakal di tawarkan oleh FunPark. Antaranya ialah Vroomerang dan Eyes of Gardens.

Caj cadangan bagi kedua-dua permainan ini ialah RM12 setiap satu.

Walau apa-apa pun kita tunggu pengumuman pembukaan grand opening daripada pihak GL Play by Gamuda Land, okay?

Layari https://glplay.com.my/funpark atau ikut instagram GL Play by Gamuda untuk maklumat dan hebahan terkini berkaitan FunPark.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×