Asuh

“Hanya Kerana Takut Anak Lelaki Jadi Pond**,”- Ibu Kongsi 4 Tips Didik Anak Lelaki

13
SHARES

Tidak dinafikan masih wujud, segelintir masyarakat yang berfikiran begini iaitu berkenaan didikan anak lelaki yang tidak diajar membuat kerja rumah, yang tidak diajar menangis kerana dianggap lemah dan pelbagai lagi.

Mungkin kerana mereka menganggap jika anak lelaki dididik sebaliknya mereka akan berubah sifat menjadi lelaki lembut. Namun, menurut ibu ini anak lelaki yang bakal menjadi seorang pemimpin di masa depan, seharusnya ditekankan mengenai sifat bertanggungjawab dan penyayang.

Justeru itu, terdapat 4 tips yang dikongsikan oleh Puan Wawa Shauqi berkenaan cara didikan anak lelaki.

Baca juga: Pakar Terapi Kongsi 5 Sebab Kenapa Kena Mula Ajar Anak Menulis Dengan Huruf Besar

“HANYA KERANA TAKUT ANAK LELAKI JADI POND**,”- IBU KONGSI 4 TIPS DIDIK ANAK LELAKI

Gambar hiasan – Momtastic

Hanya kerana takut anak lelaki kita jadi pond**, ramai takut nak didik anak lelaki kita 4 perkara ni.

Kita lupa, yang mereka juga bakal jadi pemimpin yang menyenangkan, ketua keluarga bertanggungjawab, ayah yang penyayang untuk anak-anak serta individu yang sihat mentalnya.

4 PERKARA DIDIK ANAK LELAKI

1. DIDIK ANAK LELAKI BERTANGGUNGJAWAB

Rajin membantu seperti mengemas rumah dapat memupuk sifat bertanggungjawab kepada anak. Apabila anak sudah terbiasa dan jadi ringan tulang, hati ibu bapa pasti senang melihatnya.

Malah, lelaki yang bertanggungjawab, memang menjadi pilihan pertama wanita.

2. DIDIK ANAK LELAKI HORMAT ORANG LAIN

Bercakap lembut atau melayani seseorang dengan lembut, bukanlah anak terus bertukar kejadian ke arah yang negatif. Tidak salah, anak dididik menjadi seorang lelaki yang sering menyantuni orang lain.

Malah, tidak tercemarnya ego seorang lelaki apabila dia menyedari dan mengakui apabila dia membuat kesalahan.

3. DIDIK ANAK LELAKI MELINDUNGI WANITA

Tidak ke mana jika lelaki sering kali menunjukkan sifat kasar kepada wanita, walaupun mempunyai niat atau hati yang baik. Boleh mengundang salah faham dan sebagainya.

Justeru itu, ajarlah anak lelaki gunakan kekuatan pada tempat dan situasi yang betul.

4. DIDK ANAK LELAKI SELESA MEMPAMERKAN EMOSI

Menangis bukan titik kelemahan tetapi merupakan emosi yang diciptakan untuk mengungkap dan meredakan kesedihan. Didiklah anak lelaki untuk sentiasa luahkan emosi mereka.

Bahaya jika emosi terpendam boleh mengundang penyakit lain seperti masalah psikiatri.

Siapa yang ada anak lelaki, jangan tinggal 4 perkara ni untuk anak-anak. Semoga mereka jadi bakal dewasa yang membanggakan dan membahagiakan.

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×