Dapur

Hanya Dengan Modal 80 Sen, Anda Dah Boleh Buat Masalodeh Versi Anak-Anak Suka!

865
reads

“Nak masak makanan apa untuk minum petang anak-anak ya? Dah bosan setiap hari asyik menu yang sama saja…”

Perkongsian resipi

Petang- petang gini takda idea nak buat minum petang? Jom cuba buat masalodeh versi anak anak suka. Sebabnya takda daun kari dan cili hijau. Cuma ada bawang je la kalau tak suka tergigit bawang takyah letak la. Meh, Ezza share resepi masalodeh ala ezza. Favourite kuih tau. Siapa sini geng dengan ezza?

RESEPI MASALODEH CAMPAK CAMPAK

Bahan-bahan

www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my

Kacang dal ( rendam dahulu 5-6 jam)
Bawang besar
Jintan putih
Daun sup
Garam
Maggi Secukup Rasa

1. Blend halus 3/4 kacang dal. Tinggalkan 1/4 bahagian tak payah blend.

www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my

2. Dah siap blend, campur je semua bahan-bahan.

3. Bentukkan masalodeh molek molek.

4. Goreng dalam api panas.

5. Siap dan bolehlah hidang.

www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my

Yang paling seronok adalah modal kacang dal 80 sen tapi dapat 16 biji tau . Boleh makan puas puas! Tapi bagi anda yang sukakan rasa pedas dan tak hidangkan kepada anak-anak, boleh tambah daun kari dan cili sikit ya!

Sumber: Ezzah Nk via Masak Apa Hari Ini

Yang Popular

To Top