Famili

Hanya Beli Kotak Dan Tak Perlu Bayar Harga Buku? Jom Serbu Big Bad Wolf Box Sale Dengan Promosi Yang Gempak Ini!

8.7K
SHARES

Berita baik untuk anda si ulat buku! Pesta buku terhebat di Malaysia kini kembali dengan kenduri buku yang terhangat iaitu Big Bad Wolf Box Sale! Saban tahun, Big Bad Wolf tidak pernah mengecewakan dengan menyajikan promosi buku yang murah dan hebat!

Mesti anda tertanya-tanya apakah perbezaan Big Bad Wolf Box Sale dengan Big Bad Wolf  sebelum ini kan?

Kalau anda nk tahu, sama seperti tahun yang sebelumnya, Big Bad Wolf Box Sale mempunyai pelbagai pilihan buku kegemaran seperti buku judul-judul fiksyen, bukan fiksyen, buku kanak-kanak, dan banyak lagi.

Tapi yang paling menarik, kali ini di Big Bad Wolf Box Sale anda hanya perlu membeli kotak yang disediakan dan isi seberapa banyak buku di dalamnya dengan hanya membayar harga kotak tersebut! Wow..bestnya!

Nak tahu cara untuk shopping buku di sana? Mudah je!

 


Walaupun tiap-tiap tahun, Big Bad Wolf dikunjungi oleh ribuan manusia, namun pengunjung tidak pernah serik untuk datang ke karnival buku terbesar ini.

Jom kami kongsikan langkah-langkah untuk membeli buku di sana agar lebih memudahkan anda.

  • LANGKAH 1: Bayar untuk kotak yang anda pilih
  • LANGKAH 2: Isikan dengan buku
  • LANGKAH 3: Tutup dengan rapi
  • LANGKAH 4: Terus ke kaunter bayaran (TIADA BAYARAN TERSEMBUNYI!)
  • LANGKAH 5: Ya! Anda tidak perlu bayar harga buku tersebut. Hanya beli kotak dan isikan dengan seberapa banyak buku di dalamnya!

Terdapat 3 jenis kotak untuk anda pilih iaitu:

  • Small Tapau Box
  • Big Tapau Box
  • Family Tapau Pack: 1x Small + 1x Big 

Berikut pula adalah senarai harga untuk kotak-kotak tersebut:

  • Small Tapau Box – RM79.90
  • Big Tapau Box – RM99.90
  • Family Tapau Pack – RM160 sahaja

Troli juga akan disediakan untuk kotak anda. Jadi, anda bolehlah borong sepuas hati!

Jumpa anda di sana okay!

Kali ini, Big Bad Wolf Box Sale akan diadakan di Hall A, MIECC, The Mines pada 26 Mei hingga 4 Jun ini.

Jangan risau kalau anda bekerja dan tak dapat datang pada siang hari kerana Big Bad Wolf Box Sale dibuka dari pukul 11 pagi hingga 10 malam setiap hari tau.

Jadi, apa lagi anda tunggu, jom khabarkan berita hebat ini kepada keluarga, kawan, jiran dan sesiapa sahaja dan serbu Big Bad Wolf Box Sale!

Jumpa anda di sana! Untuk maklumat lanjut tentang Big Bad Wolf Box Sale, anda boleh lawati Facebook Big Bad Wolf Box Sale  ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×