Sponsored Post

Hantar Barang Dengan J&T Pun Boleh Menang Giveaway Bernilai Sehingga RM1.5 juta? Wow!

135
SHARES

Sepanjang PKP tahun lepas, memang servis kurier lah paling tak menang tangan. Yelah, bila semua shopping mall tak boleh beroperasi, memang shopping online jelah. Tambah-tambah dalam musim pandemik, memang tiap-tiap hari ada je barang sampai.

Selain memudahkan, servis kurier ni juga pantas, tahu-tahu je dah sampai depan rumah. Haa..sebelum tu, apa kata kami kongsikan dulu antara sebab kenapa rakyat Malaysia ni suka sangat guna servis kurier.

Eh, dengar cerita, anda juga berpeluang untuk rebut hadiah sehingga RM1.5 juta tau. Wow!

Lebih selamat!

Walaupun banyak perkara dah kembali seperti normal, tapi COVID-19 masih ada dan kita perlu jaga diri kita tau. Sebab tulah masih ramai yang tak berani keluar untuk beli barang dan lebih selesa menggunakan servis kurier. Tak payah bersesak dengan ramai orang dan lebih selamat!

Jimat masa, tenaga dan wang!

Kebanyakan yang beli barang online ni, sebenarnya malas nak bersiap keluar rumah. Lepas tu, kalau nak ke kedai tu kena drive, nak cari parking, beratur dan macam-macam lagi lah.

Kan senang kalau guna servis kurier, tahu-tahu barang dah sampai depan pintu rumah. Tak payah keluar duit minyak, bayar tol dan parking. Jimat masa lagi!

Boleh bayar online!

Zaman sekarang ni, segala-galanya di hujung jari je. Tambah-tambah dalam musim pandemik ni, seelok-eloknya elakkan bersentuhan. Yang bestnya kalau beli barang dengan servis kurier ni, ada kemudahan bayaran tanpa tunai (cashless), jadi anda boleh bayar online siap-siap dan tunggu barang anda sampai.

Yang lagi best, boleh menang hadiah bernilai sehingga RM1.5 juta dengan J&T. Wow!

Biar betul? Tak percayalah!

Siapa je tak kenal J&T Express kan? Kalau pos barang tu, kadang-kadang sehari je dah sampai. Mantap!

Atas sokongan yang berterusan selama ini, J&T Express sebagai syarikat servis penghantaran (kurier) pilihan rakyat Malaysia, ingin berterima kasih kepada semua pelanggannya. Jadi, sebagai penghargaan kepada korang semua, J&T Express mengadakan Kempen Indahnya Bersama Anda dengan giveaway yang memang awesome!

Kalau anda nak tahu, ia merupakan giveaway terbesar yang pernah diadakan oleh J&T Express sejak penubuhannya pada 2018 tau!

Ada banyak hadiah menarik yang bakal anda bawa pulang seperti Eardbud Realme Q2, Bar Emas, Oppo Reno 5, Motosikal Yamaha, Proton X70 dan baucar servis Proton. Cool habis!

1 Parcel, 1 penyertaan!

Mesti anda dah tak sabar nak tahu cara-cara menyertainya kan? Jom ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Hantar bungkusan/parcel menggunakan perkhidmatan J&T Express. Lebih banyak kiriman, lebih tinggi peluang anda untuk menang.

2. Semua bungkusan E-waybill yang dikumpul akan dipilih secara rawak melalui sistem cabutan digital.

3. Sertai sesi cabutan bertuah yang diadakan dalam FACEBOOK LIVE J&T Express. Siapa tahu mungkin anda antara yang bertuah!

Nak tahu lebih lanjut tentang syarat-syarat penyertaan, anda boleh klik sini. 

*Tertakluk terma dan syarat

Tempoh peraduan: 1 November 2021 – 30 November 2021

Jadi, apa lagi yang anda tunggu. Jom jadikan J&T Express sebagai servis kurier nombor satu di hati anda sambil merebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat!

Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Indahnya Bersama Anda, layari laman web, Facebook dan Instagram J&T Express.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×