Taska / Tadika

7 Sebab Kenapa Ibu Bapa Patut Hantar Anak-Anak Ke Tadika Lebih Awal

2.9K
SHARES

“Tahun depan si kecil ni dah masuk 3 tahun..perlu ke dihantar ke playschool? Boleh ke dia adapt dengan environment di sana..”

Sekarang dah menjadi kebiasaan ramai ibu bapa menghantar anak ke tadika lebih awal. Anak ini sememangnya sudah mula dihantar ke pengasuh atau taska sejak kecil lagi ketika ibu bapa bekerja. Namun, ada sesetengah ibu bapa yang masih runsing jika anak mereka boleh bawa diri di sekolah. Ibu bapa tak perlu risau, ini sebab mengapa mereka perlu dihantar ke sekolah lebih awal.

UMUR 3 TAHUN PERLU KE HANTAR KE PLAYSCHOOL?

Kak Ease kalau upload gambar anak sekolah, for sure kadang-kadang ada yang pm tanya opinion ni. Anak Kak Ease umur 3 tahun dah masuk sekolah. Then now walau pun Kak Ease tak kerja tapi still masukkan dorang sekolah pada umur 3 tahun. Sebenarnya boleh je nak tunggu umur 5 tahun tapi korang kena consider environment dorang membesar macam mana then baru decide untuk hantar umur berapa. Ni ada a few reason kenapa mereka kena sekolah awal.

1.SOCIAL DI RUMAH

Jika kat rumah just ada orang dewasa macam nenek or just parents, then kita pulak tengok anak kita kalau berjumpa dengan orang lain means kawan-kawan kita or saudara mara dorang macam takut-takut maksudnya anak kita belum pandai bersosial. Lagi parah kalau kita bawa anak kita ke tempat umum yang ada ramai kids, then anak kita ada mengigit budak lain or menyakitkan budak lain. Dari jauh kita perhatikan anak kita tu jenis selfish ke tidak. Means nak main mainan ada macam kedekut, tak bagi can orang lain main or suka tolak orang. Ni maksudnya pergaulan social dia belum matang. Boleh consider untuk hantar dia ke sekolah untuk dia belajar berkawan.

2.ENVIRONMENT DI RUMAH

Kalau kita mampu untuk sediakan environment rumah yang Montessori friendly. So, kita boleh hantar anak kita lambat sikit. Means keperluan untuk mengajar anak-anak sendiri dan kita pun luang masa untuk mengajar anak-anak sendiri then takda masalah. Ada tools untuk dorang melukis, membaca dan expresskan creativity dorang lagi bagus. Nak senang faham, apa yang barang-barang yang ada di tadika semua korang ada kat rumah. Macam homeschooling la jugak. Bukan maksudnya buku yang ada darab bahagi campur. Barang-barang pendidikan seni pun dah cukup buat anak-anak jadi pandai.

3.KEADAAN IBU ATAU PENJAGA YANG STABIL & SIHAT

Kalau nak letak anak di rumah, keadaan mental dan fizikal ibu mestilah sihat sepenuhnya. Kebanyakkan kes dera di bawah umur 6 tahun datang dari keadaan anaknya tidak dihantar ke sekolah dan si ibu ada depression. Anak tu dah dibuat untuk jadi satu objek untuk parents lepaskan tekanan. Anak kalau kena dera, dari pagi anak tu breakfast pun dah kena dera. Kalau rasa mental kita tak stabil, hantar anak ke sekolah. Bagus untuk anak dan untuk parents.

4.ANAK LEBIH BERDIKARI

Yang ni memang semua akan nampak. Anak Kak Ease umur 6 tahun tu pun Kak Ease suap nasi lagi tau. Tapi kat sekolah dorang kena belajar makan sendiri dan buat semua sendiri. Ada yang pandai basuh pinggan sendiri.

5.PARENTS BUSY

Yup, playschool option terbaik untuk parents yang busy. kadang-kadang kita sendiri tak perasan anak kita dah pandai membaca😅

6.YOUTUBE/TV

Ini adalah sebab utama Kak Ease hantar anak ke sekolah. Please renungkan balik. Berapa lama dan berapa kerap korang bagi anak korang tengok tv dan youtube. Zaman sekarang bukan macam dulu lagi dah. Dulu-dulu kita boleh main basikal kat luar. Buat aktiviti kat luar. Sekarang ni banyak kes culik, kes langgar budak. Jadi sebagai ibu kita rasa selamat untuk anak hanya di dalam rumah. Ubat nak bagi anak behave skang cuma youtube dan tv je. Rumah pun tak bersepah. Kalau macam tu la caranya, dipersilakan isi form playschool sekarang. Anak-anak perlukan aktiviti yang bergerak. Bukan bergerak anak mata je. Jadi dorang boleh ada keupayaan berfikir di luar kotak. Smart dan clever satu benda yang berlainan.

7.KESAN SPEECH DELAY & AUTISM AWAL

Korang nak tahu tak, sekolah ni sebenarnya pengesan kepada dua faktor dan fakto-faktor lain. Cikgu sekolah dorang dah biasa dengan budak-budak then dorang boleh detact mana-mana yang bermasalah. Kalau dapat dikesan awal, boleh dirawat dan dikurangkan dengan therapy. Tapi kalau umur 6-7 tahun baru tahu, susah parents nak terima. Kak Ease bagi contoh kawan Kak Ease cikgu tadika under gov. Dia dapat detact ada anak murid yang slow dan ada unsur autism dan lain-lain. Bila ada peluang berjumpa parents, ada parents yang terkejut dan tak dapat terima. Dorang rasa itu normal kalau lembab sikit-sikit. Mana yang boleh terima, mereka sedar dan terpaksa daftarkan anak ke sekolah khas dan bukan ke sekolah biasa.

Jika ke sekolah khas bukan bermaksud anak kita oku. Tapi anak kita didedahkan dengan kaedah pembelajaran yang lain yang lebih sesuai untuk dia. Dorang boleh ambil UPSR dan SPM macam biasa.

Tak perlu fikir kesian anak kecik lagi, if kita ada keupayaan yang sihat dan environment dalam rumah kita pun sihat. Jadi takda masalah. Boleh hantar lambat. Anak-anak Kak Ease membesar dengan nenek dorang. Kalau mula-mula nak pergi sekolah pun ada masalah malu nak salam kawan sebaya then suka silent je kat belakang sebab dorang jarang berjumpa dengan kawan-kawan sebaya. Tujuan utama kitaorang hantar anak-anak awal sebab nak develop social skill. So, inilah sedikit sebanyak perkongsian.

*Semoga bermanfaat.

Sumber: MAMA Dan Anak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×