Famili

“Hadiah Terakhir Isteri”- Ibu Meninggal Dunia Akibat Covid-19 Selepas Bersalin

97
SHARES

Pemergian insan tersayang pasti memberi kesan dalam kehidupan. Begitula yang dirasakan seorang suami yang reda dengan ketentuan Allah apabila isteri tercintanya meninggal dunia akibat jangkitan virus Covid-19.

Menurut BH Online, Mohd Shahril Hakimi Hamdan, 41, berkata selepas dimaklumkan dia sekeluarga dijangkiti virus tersebut hanya isteri dan anak sulungnya dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban pada 4 Ogos lalu kerana ada alahan.

Baca juga: Selalu Aminkan Doa ‘Isteri Nak Rasa Sakit Bersalin’, Azmi Bakal Timang Cahaya Mata Pertama

HADIAH TERAKHIR ISTERI, MENINGGAL DUNIA AKIBAT COVID-19

Menurut Shahril, dia menjangka isterinya hanya terkena jangkitan biasa sahaja tetapi doktor memaklumkan isterinya, Hasmira, terpaksa ditidurkan dan kandungannya dibedah walaupun pramatang.

“Pada mulanya saya jangka isteri hanya terkena jangkitan biasa, tetapi pada 7 Ogos lalu doktor memaklumkan dia terpaksa ditidurkan dan anak dikandungnya terpaksa dibedah sehari selepas itu walaupun dalam keadaan pramatang.  namun anak dikandungnya selamat dilahirkan dalam keadaan pramatang ketika itu.

“Anak bongsu lahir ketika kandungan isteri 32 minggu (tujuh bulan) dengan berat 1.95 kilogram dan kami tidak sempat membuat apa-apa persiapan kerana disahkan positif COVID-19 ketika itu,” jelasnya.

Pada 1 September lalu, anak bongsu yang diberi nama Nurhasmeyra itu dibenarkan dibawa pulang tanpa sebarang persiapan kerana ketika dia sekeluarga sedang dikuarantin

“Saya masih ingat kenangan bersama isteri ketika membuat panggilan video untuk kali terakhir sebelum dia ditidurkan, arwah berpesan saya menjaga anak lelaki tunggal kami yang manja dengannya.

“Saya dengan dibantu anak lain akan menjaga Nurhasmeyra kerana dia hadiah terakhir isteri. Saya juga perlu melihat keperluan enam anak yang semakin membesar, Nurhasmieda, Nurhasmieka, 18, Nurhasmieza, 17, Nurhasmiefa, 14; Nuruh Huda Diyana Husna, 10; dan Ajad Aqil Arfa, 5,” ujarnya.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×