Rakyat

‘Hackaton Politik’ Cabar Belia Malaysia Beri Nafas Baharu, 5 Parti Bakal Berdebat!

46
SHARES
hackathon

Hackathon Politik adalah pertandingan debat yang julung kalinya dilaksanakan bertujuan untuk memberi inspirasi baharu untuk parti politik bagi semua rakyat Malaysia.

Lima parti politik terakhir telah dipilih melalui proses yang kompetitif, di mana mereka telah menyampaikan manifesto dan polisi parti mereka kepada pemimpin politik semasa seperti YB Yeo Bee Yin, YB Lukanisman bin Awang Sauni dan YB Fahmi Fadzil.

HACKATON POLITIK CABAR BELIA MALAYSIA, DEKATKAN DENGAN POLITIK

hackaton

Hackathon bertujuan untuk mencabar belia Malaysia untuk menghasilkan pendekatan politik yang baharu dan inklusif sambil mempertimbangkan pelbagai kekangan dalam landskap pilihan raya Malaysia. Para pasukan terakhir akan bertanding untuk meraih undi daripada sampel perwakilan rakyat Malaysia, di mana parti yang berjaya mendapat sokongan tertinggi dari 33 kawasan pilihan raya akan dinobatkan sebagai juara.

Purata usia peserta adalah dalam lingkungan 22 tahun. Parti-parti terakhir akan berkempen untuk meraih undi rakyat Malaysia, termasuk mengambil bahagian dalam debat gaya presiden yang akan menyentuh dasar dan keutamaan parti. Para pendebat akan mempertahankan dasar sendiri dan kritik dasar parti-parti lain. Debat ini akan disiarkan secara langsung melalui hackathonpolitik.xyz.

Berikut merupakan 5 parti yang terpilih untuk berkempen di pusingan terakhir:

1.Parti Demokratik Rakyat Malaysia (PDRM)

2.Parti Konservatif-Revolusionis

3.Parti JUSTICIA

4.PEKA

5.Parti Reformasi Malaysia

Pengundi di 30 dari 33 kawasan ini akan diambil melalui syarikat tinjauan untuk mencerminkan demografi pengundi Malaysia. Hackathon Politik juga menawarkan peluang unik kepada orang ramai yang berminat untuk mendaftar sebagai pengundi melalui laman web kami. Pengundi awam akan dibahagikan secara rawak kepada 3 kawasan pilihan raya dan akan mengemukakan undi mereka secara maya pada 12hb Jun 2021.

Jadual Siri Debat & Jom Undi!

Semua sesi debat akan disiarkan secara langsung di Facebook dan di www.hackathonpolitik.xyz.

1.9pm, 28 Mei 2021

Debat Dasar Ekonomi (Bahasa Melayu)
Moderator: Ismail Adnan

2.3pm, 29 Mei 2021

Debat Dasar Umum (Bahasa Inggeris)
Moderator: Melisa Idris

3.9pm, 2 Jun 2021

Debat Dasar Sosial (Bahasa Melayu)
Tuan Rumah: Herleena Pahlavy

Hackathon Politik dianjurkan oleh Architects of Diversity Malaysia dan disokong oleh Undi18, Perdana Fellows Alumni Association (PFAA) dan Malaysian Students’ Global Alliance (MSGA). Anda juga boleh ikuti mengenai perkembangan Hackaton di laman Instagram mereka dan jangan lupa untuk ‘mengundi’ ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×