Rakyat

Guru Putih Mata Wang Bantuan Awal Sekolah RM 109,000 Lesap, Cermin Kereta Dipecah

30
SHARES

Terbaharu, seorang guru berputih mata selepas wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM109,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Kajang, Selangor hilang apabila dilarikan penjenayah. Banyak tu!

Baca juga: “Nafkah Ikut Kemampuan Suami, Bukan Kehendak Isteri”- Peguam Tampil Jelas Mitos Undang-Undang Syariah

GURU PUTIH MATA WANG BANTUAN AWAL SEKOLAH LESAP

Menurut laporan Berita Harian, difahamkan wang berkenaan baru saja dikeluarkan oleh Guru Besar sekolah berkenaan sebelum cermin kenderaannya dipecahkan ketika pergi membeli minuman.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 12.17 tengah hari tadi, ketika guru berkenaan mengeluarkan wang bantuan awal persekolahan dari sebuah bank di pekan Semenyih yang sepatutnya diagihkan kepada pelajarnya esok.

“Guru berusia 50 tahun itu berseorangan mengeluarkan wang tunai berjumlah kira-kira RM109,000 dari sebuah bank di kawasan Kampung Baru Semenyih.

“Selepas mangsa mengeluarkan wang berkenan dan meletakkan dalam sebuah beg, mangsa meninggalkan beg di dalam kenderaan jenis Toyota di bahagian tempat duduk hadapan sebelah penumpang, sebelum ke sebuah restoran untuk membeli minuman.”

Gambar hiasan.

Menurut laporan kejadian, selang hampir 10 minit apabila kembali ke kenderaan, mangsa mendapati cermin kereta miliknya dipecahkan di bahagian kanan penumpang belakang, dan beg yang berisi wang tunai dicuri.

Beliau berkata, polis kini sedang menggiatkan usaha bagi mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan boleh berhubung dengan mana-mana balai polis atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-5156933 bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×