Didik

Guru Antara Penerima Vaksin Fasa Pertama Program Imunisasi COVID19

36
SHARES
guru penerima vaksin covid 19

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa guru yang berisiko tinggi mengalami kesan negatif daripada jangkitan COVID-19 adalah antara penerima vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bersama-sama lebih 200,000 barisan hadapan yang sudah berdaftar untuk menerima vaksin.

Beliau berkata, pihaknya menyedari terdapat banyak permintaan yang mahu dua golongan itu dimasukkan dalam fasa pertama yang akan bermula pada 24 Februari ini.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata, permintaan terbabit dilihat wajar memandangkan sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi manakala pengamal media menjadi penyampai maklumat bagi pihak kerajaan terutama menjayakan program imunisasi.

vaksin fasa pertama

Guru Yang Berisiko Tinggi Akan Disenaraikan Oleh KPM

“Kami sudah meminta Kementerian Pendidikan menyenaraikan golongan guru yang berisiko tinggi untuk diberi vaksin terlebih dahulu dan perkara ini akan dibawa bagi membolehkan keputusan dibuat dalam mesyuarat dengan Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin.

“Kerajaan akan memenuhi keperluan guru dan pengamal media berdasarkan bekalan vaksin bagi fasa pertama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena acara ketibaan bekalan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang diadakan secara maya di sini hari ini.

Menurut Dr Radzi Jidin, permohonan KPM supaya kumpulan ini diberi keutamaan dalam fasa pertama disambut baik oleh MOSTI dan KKM.

KPM bersama-sama MOSTI dan KKM akan terus memperincikan perkara ini.

*Sumber: Utusan Digital, Dr Radzi Jidin

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×