Famili

Guru Besar Palsukan Dokumen Bantuan Awal Persekolahan Mengaku Tak Bersalah

4
SHARES
guru besar

Seorang Guru Besar sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung Bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Azatulakmal Abd Razak, 54, telah menggunakan Borang Akaun Penerimaan atau Penolakan Pembayaran BAP 2019 dengan mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen tersebut adalah palsu.

Baca juga: Minta Gift Di Live TikTok Boleh Jatuh Haram Jika Menipu & Mampu Bekerja

GURU BESAR PALSUKAN DOKUMEN MENGAKU TIDAK BERSALAH

GURU BESAR

Kesalahan tersebut dilakukan di Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya. Pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun sama membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Alimi Mustapha menawarkan jaminan RM10,000 dan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri ke pejabat SPRM berhampiran.

Azatulakmal memohon agar mahkamah menetapkan jaminan yang lebih rendah rendah kerana dia telah diisytihar bankrap oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Dia juga difahamkan sedang menjaga ibu dan adik yang mempunyai masalah mental dan anak-anak perlu ditanggung.

Hakim kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah, selain perlu melaporkan diri di Pejabat SPRM di Shah Alam setiap awal bulan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 17 September

Baca juga: Susah Nak Cari Wang Kecil Untuk Anak Belanja Sekolah, Wanita Ini Gesa Buat Sistem ‘Cashless’

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×