Famili

Baru Tahu Rupanya Ini Fungsi Gunting Siang Ikan Tu. Boleh Buka Botol!

226
SHARES

Rasanya hampir di setiap rumah mesti ada satu gunting siang ikan ni dekat dapur kan?

Selalunya kita akan guna gunting ni untuk siang ikanlah. Selain tu, ada juga untuk potong sayur dan sebagainya.

Tapi pernah tahu tak yang ia boleh digunakan sebagai pembuka botol?

Inilah yang ditunjukkan oleh Puan Nurul Saedatul Manzili menerusi Group Masak Apa Hari Ni (MAHN) di Facebook.

Memang menarik kan?

Beliau juga berkongsikan cara untuk menggunakannya sebagai pembuka tutup botol seperti di bawah:

Salam semua ahli group. Mungkin ramai dah tau dan ada gunting ni kat rumah.

Tapi mungkin ramai masih tak tau juga, kalau pembuka botol sedia ada hilang atau memang tiada, boleh je pakai gunting siang ikan ni.

Ni bahagian yang boleh jadi pembuka botol tu.

Buat macam ni. Sungkil.

Haa… Dah dapat buka. Senang kan?

Gunting siang ikan penutup botol

Semoga bermanfaat.

Selamat mencuba!

*Kredit dari posting asal oleh Nurul Saedatul Manzili via Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Rujuk link asal di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×