DIY & Kraf

Guna Aplikasi Ini Untuk Check Rumah Di Bawah Paras Banjir Atau Tidak

249
SHARES

Umum mengetahui mengenai bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri sememangnya agak teruk. Segala keperluan rumah hanyut dan rosak dek kerana banjir. Ada juga yang turut kehilangan kereta kerana tersadai dan mengalami kerosakan teruk.

Hal ini sudah tentunya membuka mata masyarakat untuk sentiasa berwaspada dengan pemilihan kawasan tempat tinggal untuk keselamatan masa akan datang.

Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga orang ramai dinasihatkan untuk menyemak kawasan perumahan mereka menggunakan aplikasi Artificial Intelligence (AI) Climate Central seperti perkongsian saudara Wan Hasifi Amin.

Baca juga: Satu Beg Tapi Lengkap Boleh Simpan Semua Dokumen Penting Ketika Emergency, Wajib Ada!

GUNA APLIKASI INI UNTUK CHECK RUMAH ANDA DI BAWAH PARAS BANJIR ATAU TIDAK

Aplikasi Artificial Intelligence (AI) Climate Central ini menunjukkan sebahagian besar daripada bandar-bandar besar di Selangor berada di Bawah Paras Banjir Tahunan pada tahun 2030. Adalah sekitar 8 tahun lebih lagi.

Tak lama pun lagi kan? Bandar besar yang dimaksudkan adalah seperti Shah Alam, Setia Alam, Kuala Selangor, Jeram, Tanjung Karang, Kapar, Telok Panglima Garang dan bandar-bandar lain. Negeri-negeri lain di Malaysia juga banyak yang terlibat.

Rakan-rakan sekalian boleh cek lokasi rumah masing-masing juga. Adakah rumah anda berada di bawah paras banjir dalam tempoh lebih kurang 8 tahun lagi. Saya sudah cek dan rumah saya berada dalam zon bawah paras banjir tahunan. Baru-baru ini pun memang rumah saya di Shah Alam sudah pun dilanda banjir.

Ada dua persoalan sekarang ini. Yang pertama, boleh percaya ke tekonologi Artificial Intelligence yang disediakan oleh Climate Central ini?  Untuk pengetahuan semua, saya pun rasa sedikit skeptikal pada mulanya. Namun setelah membaca latar belakang badan dan orang-orang yang mengusahakan aplikasi ini, saya rasa yakin dengan anggaran yang ditunjukkan oleh aplikasi ini.

Aplikasi ini ditaja oleh Universiti Yale yang merupakan salah sebuah universiti bertaraf Ivy Leage dan yang antara yang terbaik di dunia. Pengusahanya pula terdiri daripada beratus orang cerdik pandai.

Persoalan yang kedua pula. Bersediakah kita? Sempatkah kemajuan teknologi sekarang bergerak untuk memulihkan bumi yang semakin hari semakin tenat ini. Mampukah revolusi berlaku dalam sekitar 8 tahun ini. Mampukah Malaysia? Semakin hari, lapisan ozon semakin nipis. Mampukah kita?

Sumber: Facebook Wan Hasifi Amin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×