Bencana banjir yang berlaku di Lembah Klang terutamanya Shah Alam dan Pahang sememangnya membuka mata warganet untuk sentiasa berhati-hati dan waspada dalam menyimpan dokumen-dokumen penting seperti sijil nikah, sijil lahir dan sebagainya.
Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga untuk masa hadapan, orang ramai dinasihatkan untuk menyimpan sijil-sijil penting di dalam satu beg seperti yang dilakukan oleh pengguna Facebook bernama Puan Wanda Safwan.
Baca juga: Cara Mudah & Laju Buang Air Banjir Dalam Rumah. Guna 4 Alat Sahaja!
SATU BEG TAPI LENGKAP BOLEH SIMPAN SEMUA DOKUMEN PENTING
Antara benda yang saya bersyukur sangat sewaktu cemas dilanda banjir ialah semua dokumen penting saya dah disimpan di satu tempat. 3-4 bulan lepas, memang selalu terfikir pasal nak kemaskan susun atur & juga pengumpulan dokumen-dokumen penting setempat.
Disamping prepping, pengurusan dokumen ni juga penting supaya senang kita nak capai & lari di waktu kecemasan. Saya simpan semuanya di dalam 1 beg ni. Ruangan simpanan dia banyak, boleh simpan segala dokumen penting macam surat beranak anak, passport, geran kenderaan, S&P pembelian rumah, surat ar-Rahnu, polisi insurans dan apa saja dokumen penting yang perlu ada.
Sijil Degree saya & suami pun saya simpan dalam beg ni. Yelah just in case diperlukan nanti. Masa air naik pukul 3am tu, saya terus capai beg ni & semak balik apa yang ada di dalam. Kemudian saya terus masukkan ke dalam luggage untuk di bawa keluar nanti.
Beg ni pun ada lock sekali untuk kita protect dokumen di dalam. Bagi saya, setiap orang perlu ada 1 beg ni di rumah & letakkan di tempat yang senang capai. Beg ni saya beli dulu direct dari China, tapi saya tengok kat shopee pun ada jual. Murah je RM15 harganya.
Saya dah carikan link untuk mudah nak beli:
- Link 1: https://shp.ee/r4xwsmh
- Link 2: https://shp.ee/hf397ah (ada banyak jenis)
- Link 3: https://shp.ee/n2499gh (banyak stok tapi ship from China)
- Link 4: https://shp.ee/4eyu76h
- Link 5: https://shp.ee/xbuitqh
Trust me, waktu dah panik nak selamatkan diri nanti kita tak sempat dah nak ingat kat mana passport, kat mana buku tabung haji, kat mana surat beranak anak etc.
Dengan 1 bag ni, mudah kita nak grab & go. Jangan lupa selitkan juga sedikit cash di dalam beg ni untuk kegunaan di waktu kecemasan nanti. Semoga bermanfaat kepada orang lain. Dulu saya tak terfikir benda ni betul-betul berguna di waktu kecemasan. Dah rasa situasi cemas tu sendiri baru tahu.
Sumber: Facebook Puan Wanda Safwan