Asuh

Guna 11 Cara Bernas Saranan Pakar Ini Untuk Meningkatkan Selera Makan Si Kecil

124
SHARES

“Kemain susah anak aku ni makan, nak kena bagi makan produk tambah selera lah macam ni”

Setiap kali anak susah nak makan saja, nak bagi anak produk penambah selera. Tahukah anda bahawa tindakan sebegini dapat membahayakan anak-anak kita? Tambah pula kalau ibubapa mudah terpengaruh dengan lambakan produk untuk meningkatkan selera anak di pasaran. Silap-silap boleh menjejaskan kesihatan si manja tau! Oleh itu, jom kita baca saranan pakar tentang cara untuk memberi rangsangan supaya anak kecil lebih suka untuk makan.

Boleh ke bagi kanak-kanak produk yang menambahkan seleranya makan?

Saya jawab, JANGAN bagi kanak-kanak produk sebarangan. Ada cara lain untuk memberi rangsangan dan stimulasi supaya kanak-kanak kecil suka makan.

www.facebook.com/imelda.balchin

1) Jangan paksa atau marah-marah masa makan. Anak-anak kecil akan mengaitkan pengalaman yang tidak seronok dengan makanan. Kalau masa ini tak mau makan, mungkin tak lapar, tak payah paksa atau marah.

2) Jangan bagi snek manis bergula sebelum masa makan atau minuman bergula. Kanak-kanak perut kecil dan cepat kenyang.

3) Galakkan aktiviti yang cergas, mereka yang cergas selalunya lebih selera makan. Senaman dalam aktiviti setiap hari lebih baik daripada duduk tengok TV atau main dengan ipad.

www.facebook.com/imelda.balchin

4) Letak makan sedikit saja atas pinggan, lepas habis baru tambah, bila ada sedikit saja baru mereka tunjuk minat dan berebut-rebut.

5) Makanan yang budak-budak suka lembut-lembut dan senang telan macam pasta, mereka tak suka makanan yang masin atau kuat perasa – bland sikit sebab lidah mereka lebih sensitif dari orang dewasa dan boleh rasa yang kita tak rasa.

HIAS MAKANAN YANG BOLEH MENGHIBURKAN ANAK-ANAK

www.facebook.com/imelda.balchin

6) Saya suka menghias makanan untuk menghibur anak-anak supaya mereka seronok nak makan seperti contoh carrot berbunga, nasi dalam bentuk ikan (guna acuan yang buat biskut atau jelly untuk bentukkan Nasi). Sila lihat gambar-gambar masakan saya untuk anak-anak saya di sini. Nasi goreng saya gulung dalam telur dadar.

7) Saya selalu letak dalam pinggan yang bagi mereka terhibur seperti pinggan spiderman sebagai contoh. Lepas habis makan baru nampak spiderman.

8) Tukar menu supaya mereka tak bosan makanan yang sama.

9)Tak ada gangguan lain yang menarik tumpuan mereka masa makan. Tutup TV, tutup ipad, jangan tunjuk dessert atau manisan sampai dah habis makan.

10) Paling penting sekali makan bersama ibubapa. Kalau tak makan bersama dalam suasana gembira, mereka tak seronok nak makan. Mereka suka ikut apa ibubapa buat sebagai teladan. Tunjuk yang kita pun selera makan dan bagi perhatian kepada anak-anak masa makan. Mereka suka sangat dapat attention dan akan tunggu masa makan bersama ibubapa.

11)Kalau susah juga, ajak anak-anak tolong masak sama-sama atau sediakan makanan, kemudian beri puji-pujian sedapnya anak buat, Insyallah anak-anak bila terhibur dan hati gembira akan lebih selera nak makan.

giphy.com

*Semoga bermanfaat.

Sumber: Imelda Balchin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×