Famili

Grab Perluas Usaha #SisBoleh – Menyokong Wanita Untuk Lebih Berdaya Saing Dalam Dunia Ekonomi Gig

4
SHARES

Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa, Grab Malaysia bertekad untuk mengembangkan lagi program #SisBoleh agar lebih menyeluruh.

Dilancarkan pada tahun lalu, program yang memfokuskan pemberdayaan wanita ini semakin kukuh dengan penambahan dua teras baharu iaitu Onboarding dan Latihan serta Komuniti.

Apa Itu #SisBoleh?

Program #SisBoleh bertujuan untuk menyokong wanita yang bekerja sebagai pemandu dan penghantar Grab dengan memberikan tumpuan khusus kepada keselamatan mereka.

Grab juga kini memperkenalkan dua teras baru yang memberi lebih sokongan kepada wanita, bertujuan untuk mengurangkan halangan dan meningkatkan kesaksamaan gender dalam ekonomi gig.

“Program #SisBoleh sangat dihargai kerana menyentuh banyak aspek penting. Dari keselamatan, komuniti sokongan sehingga usaha mengatasi halangan, Grab telah membuka jalan bagi wanita untuk lebih berdaya saing,” kata YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dalam ucapannya di Lembah Klang.

Dengan penambahan dua teras baru ini, Grab bertekad untuk memberikan lebih banyak sokongan buat para wanita yang ingin menjana pendapatan melalui platform mereka.

Latihan Yang Disesuaikan Khusus Untuk Wanita

Grab kini menawarkan sesi latihan yang direka khas untuk wanita pemandu dan penghantar.

Antaranya:

  • Latihan keselamatan dalam kenderaan
  • Cara menguruskan situasi yang mencabar dengan penumpang
  • Penyelenggaraan kenderaan asas

Semua bahan latihan ini boleh diakses melalui GrabAcademy, portal pembelajaran Grab yang memberikan maklumat berguna kepada rakan kongsi Grab.

Komuniti Wanita Grab & usaha memberdayakan wanita

Grab turut berusaha untuk membina komuniti dalam talian eksklusif buat para pemandu wanita, di mana mereka boleh berkongsi pengalaman, berbincang mengenai topik relevan dan saling menyokong. Selain itu, Grab juga akan menganjurkan lebih banyak acara face-to-face untuk mereka kekal berhubung dan membina rangkaian.

Adelene Foo, Pengarah Urusan Grab Malaysia, menyatakan bahawa jumlah wanita yang menjana pendapatan melalui Grab telah meningkat dengan ketara. Dari Januari 2021 hingga Januari 2024, bilangan wanita dalam platform Grab meningkat hampir 156%!

Walaupun wanita mewakili lebih separuh daripada populasi di Asia Tenggara, mereka hanya membentuk 24% daripada tenaga kerja, dengan jumlah yang lebih kecil sebagai pemandu dan penghantar.

“Kami melihat ini sebagai peluang yang sangat baik untuk membina sebuah platform yang benar-benar inklusif sekaligus mengalu-alukan penglibatan kaum wanita,

Kami berharap program #SisBoleh dapat melahirkan lebih ramai wanita yang berdikari dari segi ekonomi, selaras dengan misi Grab untuk memajukan Asia Tenggara melalui pemberdayaan ekonomi untuk semua.” kata Adelene Foo.

Fungsi Keselamatan Baru: ‘Women Passengers Preferred BETA’

Untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan di platform Grab, mereka juga melancarkan ciri ‘Women Passengers Preferred BETA’ . Dengan ciri baru ini, pemandu wanita berpeluang dipadankan dengan penumpang wanita sahaja, jika mereka berada dalam kawasan yang sama.

Ia adalah tambahan kepada ciri keselamatan sedia ada seperti Audio Protect yang telah menjadi pilihan utama oleh ramai pemandu dan penumpang, terutamanya pada waktu malam.

ACP Tuan Shahrulnizam bin Ja’afar @ Ismail, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, turut memberi sokongan penuh terhadap inisiatif Grab dalam meningkatkan keselamatan wanita di platform mereka.

“Pihak PDRM komited untuk memastikan keselamatan semua pihak. Program-program seperti #SisBoleh dan ciri keselamatan Grab ini adalah langkah positif ke arah mencipta persekitaran yang lebih selamat untuk wanita.” katanya.

#SisBolehKuasaiKewangan: Kelas Literasi Kewangan untuk Wanita

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kemahiran kewangan, Grab turut memperkenalkan program #SisBolehKuasaiKewangan, sebuah kelas literasi kewangan khas untuk wanita.

Kelas ini akan dipimpin oleh Aisya Rahman, menawarkan modul yang disesuaikan untuk pekerja gig wanita.

Antara topik yang diketengahkan:

  • Money Trauma: Bagaimana trauma kewangan boleh mempengaruhi kehidupan
  • Pengurusan Aliran Tunai: Cara menguruskan hutang dan mencari peluang pendapatan melalui Grab
  • Pengurusan Risiko: Bagaimana merancang kewangan untuk masa depan yang lebih stabil

Grab bukan sahaja mahu mencipta peluang pendapatan, tetapi juga mahu membina sebuah ruang selamat dan meningkatkan rasa  keyakinan para wanita di luar sana untuk mengambil bahagian dalam dunia gig ekonomi.

Dengan latihan, sokongan komuniti, dan ciri keselamatan yang lebih baik, Grab berharap wanita akan semakin berani untuk mencabar norma dan mencapai potensi penuh mereka.

Jadi, apa tunggu lagi? Kalau anda wanita yang ingin menjana pendapatan dengan cara yang lebih fleksibel, #SisBoleh adalah jawapannya. Sertai Grab hari ini dan buktikan bahawa SisBoleh!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×