Hebahan

Sempena Hari Malaysia, Grab Lancar Kempen ‘Bangga Menjadi Rakyat Malaysia’

1
SHARES

Safety-Infographics-01

Grab (dulu dikenali sebagai MyTeksi), aplikasi terulung Asia Tenggara memang berbangga sebagai jenama buatan Malaysia. Ditubuhkan bagi memperbaiki industri pengangkutan dan teksi, Grab tetap komited untuk menyelesaikan masalah rakyat Malaysia, iaitu pengangkutan yang selamat dan boleh dipercayai.

“Sebagai jenama Malaysia, kami berbesar hati dan berbangga kerana telah berjaya menambat hati penduduk Asia Tenggara dengan inisiatif yang telah kami perkenalkan bagi menjamin keselamatan. Dengan sentiasa mencabar diri sendiri, kami telah berjaya memperbaiki tahap keselamatan bukan sahaja untuk penumpang kami tetapi juga pemandu” ujar Jaygan Fu, Ketua Grab Malaysia.

GrabMalaysia_04

Sebagai sebahagian daripada dedikasi tersebut, Fu menekankan beberapa usaha yang dijalankan yang telah dilaksanakan setakat ini. Sebagai contoh, para pemandu Grab boleh berhubung dengan stesen polis berhampiran jika berlakunya kecemasan dengan hanya satu butang menerusi butang PDRM pada aplikasi pemandu.

Salah sebuah lagi ciri yang tersedia ialah Share My Ride’, yang membolehkan penumpang berkongsi perjalanan mereka dengan rakan-rakan dan keluarga – memaklumkan mereka di mana mereka berada dan jangkaan masa ketibaan. Ciri ini memberikan orang yang tersayang ketenangan fikiran bahawa mereka akan selamat sampai ke destinasi.

GrabMalaysia_05

“Kami menghabiskan banyak masa untuk mendengar daripada penumpang dan pemandu bagi memahami apa yang mereka paling perlukan, dan cuba untuk memenuhi permintaan mereka,” kata Fu. “Dengan itu, ciri-ciri keselamatan Grab yang lain seperti polisi insurans kemalangan persendirian yang melindungi kedua-dua penumpang dan pemandu. Kami juga menjadi perintis projek di mana 100 kenderaan GrabCar yang dipandu wanita, dilengkapi dengan kamera CCTV dalam-kereta bagi menambah keselamatan kedua-dua penumpang dan pemandu.”

Hari ini, lapan daripada 10 wanita berasa pengangkutan awam kini lebih selamata sejak Grab diperkenalkan.

GrabMalaysia_07

Bangga untuk menjadi rakyat Malaysia

Selari dengan sambutan Hari Malaysia yang bakal tiba, Grab ingin menjemput rakyat Malaysia dan penumpang dari negara lain untuk bersama-sama di dalam menyambut Hari Malaysia. Digelar ‘Bangga menjadi rakyat Malaysia’, kempen ini bertujuan untuk memupuk semangat nasionalisme dan patriotisme. Diinspirasikan oleh lagu ‘Saya Anak Malaysia,’ Grab telah melakukan perubahan kepada lagu tersebut, dan akan memberi penumpang naik secara percuma, sebagai ganti mereka menyanyikan lagu versi Grab tersebut.

Penumpang bertuah yang dapat menaiki kereta ‘Bangga menjadi rakyat Malaysia’ dan bersedia untuk menyanyi akan menerima hadiah daripada Grab.

Berikut langkah-langkahnya:

Langkah 1: Muat turun aplikasi Grab dari Apple App Store dan/atau Google Play.

Langkah 2: Pilih ikon GrabCar dan masukkan lokasi Pick-up dan Drop-off.

Langkah 3: Tempah dan jika kereta yang anda naiki merupakan kereta ‘Bangga menjadi rakyat Malaysia’, anda boleh pilih untuk bayar dengan menyanyi lagu ‘Saya Anak Malaysia’ versi Grab!

Langkah 4: Nikmati tambang percuma!

Untuk maklumat lanjut berkenaan usaha keselamatan Grab dan kereta yang bertemakan Hari Malaysia, sila layari www.grab.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×