Hebahan

Go Shop Memulakan Sambutan Ulang Tahun Kedua Dengan Tawaran “2 Good 2 Miss”!

Para pelanggan Go Shoppers akan menikmati pelbagai manfaat tambahan dengan pelancaran program ganjaran Go Shop Club, sebuah aplikasi mudah alih baru untuk pengalaman membeli-belah ‘bila-bila masa, di mana sahaja’ serta berpeluang untuk memenangi kereta Nissan baru!

 

Bersiap sedialah untuk musim percutian dan Tahun Baru apabila Go Shop membawakan pengalaman membeli-belah gaya hidup ‘bila-bila masa, di mana sahaja’ ke tahap keseronokan yang baru, bersempena ulang tahun keduanya!

nissan-almera

Buat pertama kalinya, Go Shop akan menghadiahkan dua kereta baru kepada dua pelanggan Go Shop yang bertuah sebagai Hadiah Utama untuk peraduan Wild Giveaways yang menawarkan pelbagai hadiah bernilai RM300,000. Antara hadiah-hadiah menarik tersebut adalah MPV Grand Livina 7 tempat duduk dan kereta sedan Nissan Almera yang berwajah baru serta produk-produk terlaris Go Shop seperti TV 50 inci Sharp, Hurom Slow Juicer, Tokebi Hand Blender dan banyak lagi. Para pelanggan Go Shop boleh mengambil bahagian di dalam peraduan Wild Giveaway dengan membelanjakan minimum RM200 dalam satu resit atau RM1,000 dari 1 November hingga 31 Disember 2016 untuk menerima jemputan menyertai peraduan ini melalui SMS. Para pelanggan akan diberi arahan untuk melengkapkan slogan agar berpeluang memenangi salah satu daripada hadiah-hadiah menarik tersebut. Maklumat lanjut mengenai peraduan Wild Giveaway boleh didapati di www.goshop.com.my.

Selain berpeluang untuk memenangi sebuah kereta baru, para pelanggan Go Shop juga kini boleh mengumpul mata ganjaran untuk pembelian mereka dan penebusan produk melalui program Go Shop Club. Bagi setiap RM100 yang dibelanjakan di Go Shop, satu mata ganjaran atau RM1 akan diperoleh dan direkodkan ke dalam akaun pelanggan di laman web Go Shop. Mata ganjaran ini boleh dikumpul dan ditebus dalam tempoh satu tahun dari tarikh ia diperoleh. Dari sekarang hingga 30 November, para pelanggan boleh mengumpul mata ganjaran berganda untuk menggandakan peluang mereka menebus barangan Go Shop kegemaran mereka!

sharp-50-tv

“Tawaran ‘2 Good 2 Miss’ ini menawarkan para pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan kami peluang untuk berhubung dengan Go Shop melalui cara yang menarik dan menyeronokkan sambil mereka membeli-belah. Kini, lebih mudah untuk mereka mengetahui tentang pelbagai tawaran dan promosi menarik dari Go Shop dengan adanya Aplikasi Go Shop,” kata Grace Lee, Ketua Pegawai Eksekutif, AGSS.

“Para pelanggan boleh memuat turun aplikasi ini ke dalam telefon pintar mereka melalui Apple Store bagi pengguna iOS dan Google Play Store Malaysia bagi pengguna Android untuk menikmati pengalaman membeli-belah ‘bila-bila masa, di mana sahaja’. Mereka boleh memuat turun aplikasi ini dari sekarang hingga Disember 2016 dan mendapat diskaun RM10 dengan menaip kod ‘NEWAPP’ apabila membuat pembelian pertama melalui aplikasi mudah alih ini.”

berghoff-stainless-steel-cookware-set

Dengan begitu banyak tawaran menarik, rakyat Malaysia kini mempunyai lebih sebab untuk bergembira ketika musim percutian dan Tahun Baru ini, mereka juga mungkin akan dapat memandu kereta Nissan baru!

Layari www.goshop.com.my untuk maklumat lanjut mengenai tawaran dan promosi menarik dari Go Shop. Muat turun aplikasi Go Shop dari Apple Store untuk pengguna iOS dan Google Play Store Malaysia untuk pengguna Android bagi menikmati pengalaman membeli-belah ‘bila-bila masa, di mana sahaja’

 

Mengenai Go Shop:

Go Shop adalah destinasi membeli-belah gaya hidup 24 jam di mana produk dan perkhidmatan didemonstrasi, dipromosi dan dijual melalui pelbagai platform termasuklah Astro TV (Astro Saluran 118 dan 318), NJOI TV, Astro On The Go serta platform dalam talian (www.goshop.com.my) dan aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun di Apple Store (pengguna iOS) dan Google Play Store Malaysia (pengguna Android), menawarkan pengalaman membeli- belah pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Ia dikendalikan oleh Astro GS Shop (AGSS) Sdn Bhd., sebuah usahasama di antara Astro Retail Ventures Sdn. Bhd. – 100% anak syarikat Astro Malaysia Holdings, kumpulan media hiburan pengguna berintegrasi yang terkemuka di Malaysia – dan GS Home Shopping (GS) Inc., peneraju global dalam perkhidmatan membeli-belah dari rumah melalui TV dengan kewujudan antarabangsa di Korea Selatan, China, India, Indonesia, Vietnam, Thailand, Turki dan Rusia.

Perkhidmatan utama Go Shop adalah demonstrasi audio-visual produk yang boleh distrim dari Astro TV dan NJOI, Astro On the Go, laman web Go Shop (www.goshop.com.my) dan aplikasi mudah alih Go Shop. Pengguna juga boleh memilih produk untuk dibeli melalui laman web. Selepas memilih produk, pelanggan boleh menghubungi nombor talian bebas tol 24 jam, 1800-82-0088, untuk membuat pesanan dengan Personal Go Shoppers (bahasa Melayu, Inggeris atau Mandarin) atau mereka boleh membuat pesanan melalui laman web.

Tempoh penghantaran adalah antara dua hingga lima hari bekerja di seluruh negara atau tujuh hari bekerja bagi kawasan penghantaran di pinggir bandar. Pelbagai pilihan pembayaran juga ditawarkan melalui kad kredit atau debit tempatan, Pelan Pembayaran Mudah, pemindahan antara bank dalam talian dan tunai ketika penghantaran.

 

Mengenai Astro Malaysia Holdings Bhd:

Astro Malaysia Holdings Berhad adalah kumpulan media hiburan pengguna berintegrasi terkemuka di Malaysia dan Asia Tenggara yang mempunyai operasi dalam empat bidang utama perniagaan iaitu Pay-TV, Radio, Penerbitan dan Media Digital. Dengan pangkalan pelanggan sebanyak 4.6 juta TV di rumah atau lebih 20 juta individu di seluruh Malaysia, Astro menawarkan 179 saluran TV, termasuklah 49 saluran HD yang disampaikan melalui TV satelit Terus-ke-Rumah, IPTV dan platform OTT.

 

Mengenai GS Home Shopping Inc.:

GS Home Shopping (GS) Inc. adalah syarikat membeli-belah dari rumah global yang berasal dari Korea Selatan. Selepas memperkenalkan pembelian dari rumah melalui TV pada 1995 di Korea, GS menawarkan pengalaman membeli-belah dalam talian yang mudah kepada para pelanggan melalui pelbagai saluran seperti mudah alih, katalog, TV satelit dan IPTV.

Kumpulan ini mempunyai kepakaran bertaraf dunia dalam pembelian dari rumah serta perniagaan, produk dan perkhidmatan dalam talian dan mudah alih,. Membawa kepakaran ini ke luar untuk menghiburkan dan menggembirakan para penonton, GS mengendalikan rangkaian pembelian dari rumah di sembilan buah negara – Korea Selatan, Malaysia, China, India, Indonesia, Thailand, Vietnam, Turki dan Rusia.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×