Famili

Penjaja Boleh Dapat Telefon Percuma, Ini Cara Mohon & Syarat Kelayakan

3
SHARES
GERAN DIGITAL PENJAJA MADANI

Geran Digital Penjaja Madani (GDPjM) merupakan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu penjaja mendigitalkan perniagaan mereka.

Permohonan boleh dilakukan seperti perkongsian di bawah dan tempoh proses boleh mengambil masa sehingga 3 hari bekerja. Tiada sebarang bayaran perlu dilakukan oleh pihak anda. Jom cuba isi!

Baca juga: Ini Cara Kira BMI Badan, Jangan Biarkan Sampai Terlajak Obesiti!

GERAN DIGITAL PENJAJA MADANI, BOLEH DAPAT TELEFON PERCUMA

GERAN DIGITAL PENJAJA MADANI

Khas untuk penjaja sahaja, ini cara memohon geran digital.

1. Isi borang permohonan

Pemohon perlu mengisi borang permohonan di sini dan sediakan invois (hanya rujukan tuntutan buat kerajaan).

2. Sediakan dokumen

Penjaja perlu menyediakan dokumen seperti di bawah:

Salinan kad pengenalan dan bill utiliti (air atau elektrik)
– Lesen Perniagaan: SSM/Lesen Perbandaran.
– Dokumen Kewangan: Penyata bank dua bulan terkini.

Siapa yang layak memohon?

1. Statik

Penjaja yang mengendalikan gerai tetap di kawasan awam atau swasta yang mempamerkan barangan untuk dijual (termasuk makanan dan minuman).

2. Bergerak/beredar

Penjaja yang menjaja dari lokasi ke lokasi; dengan atau tanpa kenderaan, mempamerkan barang-barang untuk dijual (termasuk makanan dan minuman).

3. Sementara

Penjaja yang mengendalikan gerai sementara di lokasi yang mempamerkan barangan untuk dijual (termasuk makanan dan minuman) untuk tempoh tertentu. Ia termasuk gerai buah-buahan bermusim, gerai promosi, perayaan, pasar malam, pasar harian dan pasar tani.

Isi permohonan anda dan tunggu sehingga lulus. Apabila permohonan diluluskan anda akan menerima e-mel dari pihak berkaitan dan akan hubungi dalam masa 7 hari bekerja untuk urusan penghantaran peranti (melalui pos).

Permohonan mestilah dilakukan melalui senarai panel yang diluluskan oleh MDEC. Lihat senarai penuh di sini.

Mudah sahaja kan? Semoga bermanfaat!

Baca juga: Kalau Gaji RM3000 Sebulan Boleh Urus Kewangan Guna Formula Ini

Sumber: Facebook Mujahidah Nasuha, Mesinkira & BSN

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×