Hebahan

Gerak Tubuh Badan Pesakit Boleh Membantu Di Dalam Mendiagnosa Penyakit, Kata Pakar Homeopati

1
SHARES

Image 05

Sejajar dengan usaha Kementerian Kesihatan bagi mengintegrasikan Perubatan Komplimentari dan Tradisional ke dalam sektor penjagaan kesihatan kerajaan dan swasta, Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) telah menganjurkan Professional Homeopathy Seminar Series di Kampus Cyberjaya dengan tujuan untuk berkongsi perkembangan terkini di dalam terapi homeopati bersama pengamalnya.

Prof. Dr. Ajit Kulkarni, Pengarah Homoeopathic Research Institute & Clinic, Satara & Pune, telah dijemput sebagai speaker di seminar tersebut. Beliau mempunyai pengalaman yang luas berucap di seminar dianjurkan seluruh dunia dan dikenali sebagai pengamal inovatif bagi Homeopati.

Image 01

Prof. Dr. Ajit Kulkarni berkata, “Homeopati juga dikenali sebagai mempunyai falsafah keseluruhan yang mengambil kira minda-tubuh sebagai suatu sistem yang bergabung. Seorang pengamal homeopati boleh menjalankan temuramah mendalam yang tidak saja menjurus kepada simptom, tetapi juga peribadi pesakit dan tindakbalas kelakuan.”

Seminar satu hari tersebut membincangkan dua topik utama di dalam dunia Homeopati – Bahasa Tubuh Badan dan Posologi Homeopati. Berdasarkan model komunikasi Profesor Albert Mehrabian’s, tujuh peratus daripada pesanan berkaitan perasaan dan sikap adalah melalui perkataan yang disebut, 38% pesanan adalah dalam bentuk paralinguistik dan 55% pesanan adalah dalam bentuk ekspresi muka. Bahasa tubuh badan adalah komponen penting di dalam Homeopati bagi menerokai seseorang secara keseluruhan.

Image 02

Dr. Ajit menyatakan komunikasi berkesan adalah proses dua-hala dan ia melibatkan komunikasi lisan dan bukan lisan. Komunikasi bukan lisan memainkan peranan penting dan ia membantu meningkatkan pesanan lisan apabila seseorang bertindakbalas menerusi gerak badan, postur, ekspresi muka, hubungan mata dan modulasi di dalam suara dan jarak. Reaksi tersebut membantu pengamal homeopati memeriksa perwatakan pesakan dan tingkahlaku sebagai sebahagian daripada proses diagnostik.

Di samping itu, topik-topik yang dibincangkan termasuk Posologi Homeopati, sains dos dengan pemilihan remedi dan jadual pengulangan. Ia adalah amat penting untuk memberi dos minima yang betul bagi menstimulasikan sistem imunisasi badan ke tahap optimum bagi mengatasi simptom.

Image 04

Dr. Ibrahim Usman Mhaisker, Dekan CUCMS Fakulti Perubatan Komplimentari dan Tradisional berkata, “Remedi homeopati bertujuan bagi membantu dan merawat penyakit. Dengan menggunakan bahan aktif sebagai stimulant untuk badan bagi bertindak dan mencetuskan sistem imunisasi badan ke tahap optimum dan meningkatkan prestasi tubuh badan.”

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]ABOUT CYBERJAYA UNIVERSITY COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES

Cyberjaya University College of Medical Sciences is a top tier university in Malaysia that focuses on niche healthcare programmes. The university has been rated as Tier-5 (Excellent) by the Malaysian Qualifications Agency. Strategically located on a modern, fully equipped 5-acre campus at the heart of Cyberjaya, the university currently has over 3500 students who are enrolled in more than 20 programmes ranging from degree to postgraduate research courses in areas such as medicine, pharmaceutical sciences, psychology, homeopathic medical sciences, physiotherapy, occupational safety and health, biomedical engineering technology, paramedical sciences and more. The university can be contacted at +603 8313 7000 or via email at [email protected].[/box]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×