Asuh

Anak Lahir 2025-2039 Digelar ‘Generasi Beta’, Ini Apa Akan Berlaku Bila Hidup Sepenuhnya Dalam Dunia Digital

22
SHARES
generasi beta

Melangkah ke tahun 2025 membuka banyak perbaharuan termasuklah perubahan dari segi generasi. Kalau sebelum ini kita sering menyebut anak-anak yang baru lahir sebagai ‘Gen Z’, namun tahun ini anak-anak yang baru dilahirkan dikenali sebagai Generasi Beta.

Apa yang menariknya adalah, generasi ini merupakan pewaris masa hadapan yang dijangka lebih dipengaruhi oleh kemajuan teknologi, perubahan sosial, dan cabaran global yang unik.

Baca juga: Ini Sebab Meja Lipat & Iron Board Boleh Jadi ‘Pembunuh Senyap’ Kanak-Kanak, Mak Ayah Jangan Lalai!

ANAK LAHIR MULAI 2025 DIPANGGIL GENERASI BETA, INI CIRI MEREKA

generasi beta

Foto: Financial Express

Sebagai generasi yang sepenuhnya akan membesar dalam era automasi dan kecerdasan buatan (AI), Generasi Beta dijangka menjadi simbol kepada era baru dalam pembangunan manusia. Berikut merupakan generasi-generasi manusia mengikut tahun kelahiran:

1.Generasi Boomer: 1946-1964
2.Generasi X: 1965-1980
3.Generasi Y (Millenials): 1981-1996
4.Generasi Z: 1997-2012
5.Generasi Alpha: 2013-2024
6.Generasi Beta: 2025-2039

1.Dibesarkan dalam era automasi penuh

Generasi Beta akan membesar dalam persekitaran yang sepenuhnya bergantung kepada automasi. Dari rumah pintar, kenderaan tanpa pemandu, hingga pembelajaran berasaskan AI, mereka tidak hanya menjadi pengguna teknologi tetapi turut menyumbang kepada pembangunan teknologi baru.

2.Kesedaran ekologi yang tinggi

Generasi ini dijangka lebih peka terhadap isu-isu alam sekitar. Dengan peningkatan kesedaran tentang perubahan iklim, generasi ini akan memainkan peranan penting dalam meneruskan usaha ke arah kemampanan dan pembangunan lestari.

3.Hubungan digital yang mendalam

Tidak seperti generasi sebelumnya, Generasi Beta akan hidup sepenuhnya dalam dunia digital, dengan peranti dan sambungan internet menjadi asas kepada hampir setiap aspek kehidupan mereka. Namun, ini juga boleh membawa cabaran dari segi ketagihan teknologi dan kekurangan interaksi fizikal.

Generasi Beta dijangka menjadi generasi yang mengubah cara manusia hidup, bekerja, dan berinteraksi. Dengan bimbingan dan pendidikan yang tepat, mereka mampu membawa dunia ke tahap yang lebih baik, melangkaui batas teknologi, dan mencipta penyelesaian untuk cabaran global.

Sebagai generasi yang akan memegang tanggungjawab masa depan, generasi ini adalah harapan untuk mencorak dunia yang lebih maju, lestari, dan inklusif.

generasi beta

Foto: McCrindle Research

*Oleh itu, warga-warga generasi sebelum ini yang dah ‘makan garam’ terlebih dahulu, didiklah anak-anak ini supaya cerah masa depan mereka.

Baca juga: “Siti Gemuk, Siti Hitam!”- Murid Tahun 1 Dibuli & Dapat Lukisan Tak Senonoh, Tak Mahu Pergi Sekolah!

Sumber: People

Foto: Medium

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×