Hebahan

Gaya Mutu Keunggulan – Antara Kenangan Penyampai Berita RTM, Allahyarham Farit Ismeth Emir

19.9K
SHARES

“Gaya, Mutu, Keunggulan”

Bagi anda yang lahir pada era 80-an dan 90-an, pasti masih ingat ayat dalam iklan jenama rokok ni suatu ketika dulu. Siapa sangka suara latar iklan ini adalah milik penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) terkenal.

Pada 20 April 2020, kita dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Farit Ismeth Emir di usia 66 tahun akibat kanser paru-paru di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor. Berita itu dimaklumkan oleh anaknya, Farzwa De-Attaher Emir atau dikenali sebagai DJ Fuzz.

Ahli keluarga sempat bertemu arwah sehari sebelum beliau menghadap Ilahi

“Saya dimaklumkan, ayah pergi dengan cukup tenang.”

Begitulah reaksi DJ Fuzz yang mengesahkan ayahnya telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 11 pagi, hari Isnin lalu. Keadaan kesihatan ayahnya hanya diketahui beberapa minggu lalu. Penyakit kansernya sudah di tahap empat dan merebak ke organ dalaman. Ini berlaku ketika baru menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli keluarga tidak berpeluang menziarahi arwah di hospital kerana akur dengan pelaksanaan PKP. Mereka hanya mampu berbual menerusi panggilan video. Namun, mereka masih sempat bertemu kali terakhir dengan arwah apabila mendapat kebenaran doktor.

Di sini, kami mengimbau beberapa kenangan Allahyarham Farit Ismeth Emir yang pasti dirindui ramai.

Rakan sekerja RTM memanggilnya ‘Pak Ngah’

Allahyarham Farit Ismeth Emir merupakan ikon penyampai berita RTM dan berkhidmat lebih 30 tahun bersama stesen penyiaran tersebut. Arwah lebih mesra dipanggil dengan gelaran ‘Pak Ngah’ oleh rakan sekerja RTM kerana sikapnya serius, peramah dan merendah diri.

Mempunyai ‘suara emas’, ala Inggeris dan Arab

Allahyarham Farit Ismeth Emir menjalani ujian suara di stesen penyiaran RTM pada bulan Ogos 1987 dan dipilih sebagai penyampai berita RTM. Ramai yang suka dengar suara arwah ni. Bunyinya sedap ala Inggeris dan Arab.

Sentiasa menamatkan berita Dunia Jam 10 dengan kata-kata hikmah

Berasal dari Teluk Intan, Perak, Allahyarham Farit Ismeth Emir menjadi penyampai berita dalam segmen Dunia Jam 10 sejak tahun 1990-an. Arwah sering menyelitkan kata-kata hikmah sebelum mengakhiri berita itu.

Penyumbang suara iklan rokok jenama Dunhill

Selain menjadi penyampai berita, Allahyarham Farit Ismeth Emir turut menyumbangkan suaranya untuk suara latar iklan. Paling popular ketika itu ialah iklan rokok jenama Dunhill di mana ayat arwah ‘Gaya Mutu Keunggulan’ jadi sebutan ramai.

Pernah terlibat dalam bidang perhotelan

Sebelum menjadi penyampai berita, Allahyarham Farit Ismeth Emir pernah bekerja dalam bidang perhotelan selama 13 tahun. Tempat kerja pertamanya ialah Hotel Jaya Puri pada tahun 1970-an. Arwah tinggalkan bidang perhotelan untuk menceburi bidang ‘suara komersil’ ketika usianya 33 tahun.

Begitu la sedikit sebanyak tentang kenangan Allahyarham Farit Ismeth Emir. Arwah meninggalkan seorang balu bersama tujuh orang anak. Pemergiannya adalah satu kehilangan besar buat dunia penyiaran berita tanah air.

Rindu Pak Ngah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah (dibaca).

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×