Famili

Gara-Gara Selisih Faham, Suami Tikam Isteri & Ibu Mentua

6
SHARES

Cuba terjun dari tingkat 31 sebuah bangunan, seorang lelaki ditahan polis di Lembah Sireh di Kota Bharu, semalam. Suspek berjaya ditahan pada 10.14 pagi sebaik pihak polis menerima maklumat.

Hasil semakan lanjut mendapati mendapati suspek berusia 26 tahun itu adalah individu yang dilaporkan menikam isteri dan ibu mentuanya di rumah mereka di Chabang Empat.

Baca juga: Budak Lelaki 3 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 10 Kondominium

GARA-GARA SELISIH FAHAM, SUAMI TIKAM ISTERI & IBU MENTUA

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah menjelaskan suspek mempunyai tiga rekod lampau bersabit dadah dan permohonan reman akan dibuat hari ini, lapor Harian Metro.

“Semakan dibuat mendapati lelaki itu ada kaitan dengan kes mendatangkan kecederaan yang dilaporkan. Pada 6.35 petang semalam, suspek menikam isteri dan ibu mentuanya masing-masing berusia 20-an dan 60-an dengan dua pisau di rumah mereka.

“Kejadian dipercayai berpunca dari perselisihan faham antara suspek dengan isterinya yang menyebabkan kedua mangsa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu kerana cedera parah.

“Isteri suspek mengalami retak dan luka di bahagian kepala, patah dua jari tangan serta luka di beberapa bahagian anggota badan manakala ibu mentuanya pula luka di kepala akibat ditikam suspek,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK).

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×