Memang macam-macam dugaan yang perlu dilalui oleh mak ayah bila anak sekarang berada dalam proses PDPR. Bukan sahaja susah nak fokus, malah anak-anak juga ‘cepat tangan’ dalam mengeksplorasi telefon pintar. Macam perkongsian ibu ini apabila dia berdepan dengan situasi anaknya membeli game secara online sehingga menelan kos RM 2600! Disangka guna telefon bimbit untuk PDPR, rupanya sempat curi-curi beli game.
Baca juga: Buntu Anak Ketagih Gajet? Jawapan Mak-Mak Ini Mungkin Boleh Membantu
GARA-GARA PdPR, ANAK BELI GAME ONLINE SAMPAI RM2600!
Menurut perkongsiannya, dia mendapati anaknya secara diam-diam membeli game di Google Play menerusi email. Paling terkesan dan terkejut sekali adalah kos game yang dibeli menelan belanja sebanyak RM 2600! Bukan itu sahaja, dugaan PDPR apabila si ibu menyemak baki akaun hanya tinggal RM 2 sahaja.
Gara-gara PDPR, bagi phone dekat anak. Semasa PDPR curi-curi main game, sampaikan habis duit dalam akaun sebanyak RM 2600 diaorang beli game. Pening weh…pening!
Bila perasan duit hanya tinggal Rm2.00 dalam akaun baru nak chcek rupanya selama ni dia beli benda ni. Ya Allah….tak tau nak fikir macam mana? Macam mana boleh beli sedangkan number TAC tak sampai. Bila check dalam Gmail baru perasan bil-bil game nih. Semak dengan bank total keseluruhan pembelian RM 2600. Ya Allah….dugaan PDPR…Ibu bapa kena ambil tahu ye anak kita main game apa…Tiba-tiba baru teringat kisah zalina zainudin yang anaknya beli game sampai 20k.
‘MACAM MANA ANAK BUAT?’
Si ibu juga hairan macam mana cara anak membuat pembayaran tanpa menerima nombor TAC. Oleh itu beberapa pengguna Facebook turut memberitahu cara untuk mak ayah ‘setup’ password bagi setiap aplikasi sebelum sebarang pembayaran dilakukan.
Sumber: Nor Liyana Abdullah